Langkau ke kandungan utama

Sembang Kedai Kopi #17 - Lepas Mesin Padi

Pagi tu kedai kopi Pak Ya tak bising macam biasa. Cuma bunyi sudu berlaga cawan, bunyi kipas tua berpusing perlahan, dan sesekali bunyi motor lalu atas jalan merah depan kedai. Pokcik duduk hujung meja panjang sambil kacau kopi O panas yang dari tadi tak habis-habis diminum.

Mat Rizal datang awal pagi dengan muka macam orang tak cukup tidur tiga malam.

“Pokcik, kamu tengok sawah aku tahun ni…” katanya sambil duduk menghempas punggung atas kerusi plastik. “Nak kata rugi terus tu tak lah… tapi hasil memang jatuh.”

Gambar janaan AI 

Tok Awang yang tengah kunyah roti bakar perlahan-lahan angkat muka.

“Berapa turun?”

Musim lepas dapat dalam tiga belas tan lebih kurang. Tahun ni nak cecah sepuluh pun semput.”

Terdiam sekejap mereka di meja itu.

Benda pasal padi ni orang luar nampak mudah. Mereka nampak bendang hijau, nampak lori angkut padi, nampak mesin besar turun sawah. Mereka ingat semua petani ni musim menuai terus senyum lebar.

Hakikatnya tidak.

Kadang-kadang satu musim tu, orang kampung letak seluruh harapan dalam lumpur bendang. Duit baja naik. Racun naik. Upah mesin naik. Minyak naik. Tapi harga hati orang yang tunggu hasil tu… makin lama makin murah.

Pokcik hirup kopi sikit.

Cuaca awal tahun ni, kemarau memanjang” Pokcik bersuara perlahan. “Padi belum tua benar, tanah kering merekah”

Mat Rizal angguk kepala.

Tu lah. Belum kira bena lagi. Sekali kena… habis satu petak jadi kuning.”

Pak Ya dari kaunter menyampuk sambil lap gelas.

Dulu orang tua-tua tanam padi bukan kira kaya sangat. Tapi cukup makan. Sekarang ni nak cukup modal pun susah.”

Ayat tu buat semua diam.

Di luar kedai, nampak beberapa ekor burung pipit turun atas jalan cari sisa padi tercicir dari lori semalam. Matahari pagi baru nak naik betul-betul. Kampung masih tenang… tapi dalam hati petani, macam-macam tengah berjalan.

Tok Awang bersandar sambil lepaskan nafas panjang.

Tapi nak buat macam mana… sawah ni kita kena kerjakan juga, sawah tu punca rezeki utama kita”

Betul juga kata dia.

Orang yang tak pernah turun bendang susah nak faham. Sawah ni bukan sekadar tempat cari duit. Kadang-kadang ia jadi tempat orang lepaskan penat hidup. Tempat orang bercakap sorang-sorang dengan langit. Tempat orang belajar sabar.

Ada petani yang balik dari bendang dengan hasil tak seberapa… tapi esok pagi tetap turun lagi tengok air. Tetap jalan atas batas. Tetap belek anak padi macam tengok anak sendiri.

Sebab hidup orang kampung ni aneh sikit.

Walaupun berkali-kali kecewa… mereka tetap menanam harapan.

Mat Rizal tiba-tiba ketawa kecil.

Aku rasa musim depan aku nak beli baja lebih sikit lah.”

Tok Awang terus menyampuk.

Hok ni penyakit petani. Lepas rugi… tambah modal lagi.”

Semua terus ketawa perlahan.

Dan kedai kopi pagi tu kembali hidup semula.

Begitulah orang bendang.

Tak kaya mana. Tak banyak mengeluh. Jatuh musim ni… bangun balik musim depan.

Ulasan

Etuza berkata…
Menarik cerita wak..apapun tak apa wak..biar hidup kita sederhana dah cukup hebat..Allah sayang kita semua..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...