Langkau ke kandungan utama

Singgah Bawah Jambatan, Kenangan lalu muncul kembali

Petang semalam, Pokcik singgah sekejap bawah jambatan ECRL yang baru saja wujud merentangi sungai kampung pokcik.Dah lama pokcik tak ke sini. Sehari dua ni ada yang buat video aktiviti mencari etak kat sini dan upload kat tik tok jadi ramai yang berkunjung datang mencarinya. 

Pokcik datang sini waktu hampir senja, jadi sudah tiada orang. Saja hilangkan rasa bosan.

Waktu datang matahari waktu tu dah mula condong. Cahaya dia jatuh dari celah jambatan, kena tiang konkrit… nampak keras tapi cantik. Kadang-kadang benda yang nampak kasar pun boleh jadi indah, kalau kena pada waktunya.

Pokcik jalan sikit ke tepi sungai. Air tenang, hijau jernih… sampai boleh nampak bayang pokok di permukaan. Sunyi. Tak ada bunyi enjin, tak ada orang lalu-lalang. Cuma bunyi air perlahan, dan angin yang lalu celah daun.

Pokcik duduk atas batu, pandang seberang sungai. Pokok-pokok tegak berdiri, macam tak pernah kisah apa yang jadi di dunia luar. Dari jauh, nampak bukit samar-samar… 

Disini pokcik teringat kembali kenangan bersama sama kawan sewaktu remaja dulu.. di lubuk itu lah pokcik bersama sahabat berenang dan menyelam melakukan aktiviti menembak ikan... Memang dalam lubuk itu, 

Alfatihah buat sahabat pokcik yang boleh dikatakan ramai yang telah.meninggal dunia, ada yang telah menetap di luar dari kampung ini, luar dari negeri ini dan juga tinggal diluar negara.. tinggal pokcik yang setia menjadi penunggu kampung ini.

Kadang hidup ni pun macam sungai tu. Ada masa tenang, ada masa keruh. Tapi dia tetap mengalir… tak tunggu sesiapa.

Petang makin redup. Pokcik bangun, tepuk seluar sikit, dan jalan balik. Hati rasa ringan… macam ada yang tertinggal di situ—serabut yang lama. 🌿

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Jenis jenis hantu dan yang paling bahaya sekali

Pokcik ni bukan nak takut-takutkan, tapi nak kongsi cerita yang dah lama jadi sebahagian hidup orang kita. Zaman dulu, bila malam menjelma, pintu rumah ditutup rapat… bukan takut binatang, tapi takut “makhluk yang bukan-bukan” ni la. Mari Pokcik cerita sikit… Dalam masyarakat kita, budaya kita memang banyak hantu dan jenis jenis hantunya beragam.. pokcik kongsi sikit yang pokcik tahu:- 1. Hantu Raya Hantu ni dikatakan paling kuat antara semua. Biasanya dipelihara untuk jadi “pendua” tuannya – tolong buat kerja berat, jaga rumah, kebun, dan kadang-kadang dipakai untuk tujuan tak elok. Rupa: Besar, tinggi, boleh menyerupai manusia. Masalah: Kalau tuan tak bagi makan (biasanya darah), dia boleh mengamuk. 2. Toyol Makhluk kecik, bertubuh macam budak-budak, kepala botak hijau. Dipelihara untuk curi duit orang. Kisah popular: Kalau duit sering hilang sikit-sikit setiap malam, orang tua kata “toyol tengah buat kerja.” Penjaga dia: Biasanya letak dalam balang kaca, kena bagi susu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...