Langkau ke kandungan utama

Singgah Bawah Jambatan, Kenangan lalu muncul kembali

Petang semalam, Pokcik singgah sekejap bawah jambatan ECRL yang baru saja wujud merentangi sungai kampung pokcik.Dah lama pokcik tak ke sini. Sehari dua ni ada yang buat video aktiviti mencari etak kat sini dan upload kat tik tok jadi ramai yang berkunjung datang mencarinya. 

Pokcik datang sini waktu hampir senja, jadi sudah tiada orang. Saja hilangkan rasa bosan.

Waktu datang matahari dah mula condong. Cahaya dia jatuh dari celah jambatan, kena tiang konkrit… nampak keras tapi cantik. Kadang-kadang benda yang nampak kasar pun boleh jadi indah, kalau kena pada waktunya.

Pokcik jalan sikit ke tepi sungai. Air tenang, hijau jernih… sampai boleh nampak bayang pokok di permukaan. Sunyi. Tak ada bunyi enjin, tak ada orang lalu-lalang. Cuma bunyi air perlahan, dan angin yang lalu celah daun.

Pokcik duduk atas batu, pandang seberang sungai. Pokok-pokok tegak berdiri, macam tak pernah kisah apa yang jadi di dunia luar. Dari jauh, nampak bukit samar-samar… 

Disini pokcik teringat kembali kenangan bersama sama kawan sewaktu remaja dulu.. di lubuk itu lah pokcik bersama sahabat berenang dan menyelam melakukan aktiviti menembak ikan... Memang dalam lubuk itu, 

Alfatihah buat sahabat pokcik yang boleh dikatakan ramai yang telah meninggal dunia, ada yang telah menetap di luar dari kampung ini, luar dari negeri ini dan juga tinggal diluar negara.. tinggal pokcik yang setia menjadi penunggu kampung ini.

Kadang hidup ni pun macam sungai tu. Ada masa tenang, ada masa keruh. Tapi dia tetap mengalir… tak tunggu sesiapa.

Petang makin redup. Pokcik bangun, tepuk seluar sikit, dan jalan balik. Hati rasa ringan… macam ada yang tertinggal di situ—serabut yang lama. 🌿

Ulasan

Ammi berkata…
indahkan kalau boleh kembalikan momen lama.

tempat tinggal ammi masa kecil pun dah tak ada ...dah ranap dijadikan projek perumahan.
adnil linda berkata…
tenang je nampak tempat nya...
Suria Amanda berkata…
Kalau SA lama duduk situ menung tu...bukan buang masa..lebih kepada melepaskan apa yang terbuku di dada..pemandangan yang tenang wakau hati susah nak tenang
Yusuf Baradar berkata…
Sebagai orang bandar yang menyaksikan kesesakan jalan raya setiap hari, saya dapat bayangkan betapa indah dan tenangnya tempat begini, lebih-lebih lagi di hujung petang. Saya pun rela jadi penunggu kampung jugak. Haha
Puan Hazel berkata…
Masih cantik sungai tu, wpun berdepan pembinaan ECRL.
Masa terus berlalu, yang mampu disimpan dan masih bersama kita hanyalah kenangan.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...