Langkau ke kandungan utama

Anak Mek Paling Cantik

Dua tiga hari lepas 'Mek", kucing betina peliharaan pokcik selamat beranak, empat ekor semuanya

Mek ni bukanlah kucing mahal. Bukan jenis berbulu panjang macam dalam televisyen. Kucing kampung biasa saja. 

Daripada empat ekor tu, ada seekor yang paling menarik perhatian Pokcik. Warna bulu dia cantik…. Mata pula besar bulat. Walaupun kecil lagi, gaya dia dah nampak macam “boss”. Yang lain tidur bergolek, dia pula suka angkat kepala.

Seronok sebenarnya tengok anak-anak kucing ni membesar. Rumah yang sunyi tiba-tiba jadi riuh dengan bunyi kecil mereka. Kadang-kadang Mek angkut anak pindah tempat satu-satu. Dalam mulut dia gigit perlahan, penuh cermat. Naluri seekor ibu… manusia tengok pun rasa tenang.

Benda macam ni nampak kecil saja, tapi boleh buat hati lembut.

Pokcik percaya… rezeki rumah yang ada kucing ni lain sikit. Ada penyeri. Ada gelak kecil. Ada teman waktu sunyi.

Sekarang ni tiap kali lalu depan kotak tempat Mek beranak, mesti Pokcik jenguk sekejap. Nak tengok si kecil yang paling cantik tu tidur ke belum.

Ulasan

Etuza berkata…
Comelnya, bulu pun halus mulus..
Ana Jingga berkata…
tengah besar-besar ni memang seronok pokcik buat main, besar sikit esok mula racing dalam rumah terhibur sangat kan :)
Aynora berkata…
Comel sangat, saya suka tengok je tapi takut nak pegang
Puan Hazel berkata…
Sama² sambut cucu bulus la Kita Pokcik :) kucing sy pun baru beranak. Rupa seekor tu pun ala² anak kucing Pokcik juga.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...