Langkau ke kandungan utama

Bila Masuk Kebun, Ada “Member” Yang Menunggu

Kadang-kadang dalam hidup ni, bukan manusia saja yang mampu buat kita rasa ditemani.

Macam Pokcik… tiap kali masuk ke kebun ni, mesti ada “geng” ni muncul entah dari mana. Bukan anjing bela Pokcik pun. Semua ni anjing milik sahabat Pokcik. Tapi pelik juga… bila motor baru masuk simpang kebun, dari jauh dah nampak ekor melambai-lambai. Ada yang berdiri atas jalan pasir, ada yang duduk bawah pokok, ada yang cuma tengok dari jauh sambil senget kepala.

Tak datang rapat sangat. Tak manja sangat, mereka ni jenis bebas… hidup dalam suasana kebun, hutan dan panas hujan. Sekali sekala pokcik bagi juga sisa bekal pokcik kepada mereka. Ada ketikanya pokcik bagi sebungkus nasi letak atas tanah. Kehadiran mereka cukup buat suasana sunyi jadi hidup.

Kadang-kadang Pokcik duduk sorang bawah pokok, minum air dalam botol plastik sambil tengok langit. Bunyi cengkerik, daun bergoyang kena angin, dan sesekali bunyi mereka menyalak kecil dekat hujung jalan. Masa tu rasa macam ada “peneman kerja” walaupun masing-masing diam.

Ada hari penat sangat bersihkan kebun… badan penuh peluh, rumput tinggi, cuaca pula panas terik. Tapi bila nampak lima ekor ni mundar-mandir dekat kawasan kebun, entah kenapa hati jadi ringan sikit. Rasa tak sunyi.

Ulasan

Time Traveller berkata…
Setuju.. ada nya yg hidup di sekeliling mmg menambah suasana.. tak kesah apa benda pun kan... Kalau tidak sunyi je kebun tu .
Warisan Petani berkata…
Puak2 ni juga menemani wak kat kebun setiap hari.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...