Langkau ke kandungan utama

Kutip Kacang Panjang

Pagi ni, cerah-cerah tanah pokcik jenguk le kebun belakang rumah. Sebenarnya sejak dua tiga hari lepas Pokcik dah perasan pokok kacang panjang tu makin galak berbunga. Tapi pagi ni baru betul-betul nampak buahnya dah mula memanjang, elok terjuntai celah daun.

Pagi ni, cuaca agak panas sikit, matahari dah mula terbit di timur. Rasanya hari ni pokcik tidak boleh berkebun lama, biasanya kalau keadaan seperti ini, setakat 9.30 je pokcik mampu bertahan.

Bila tengok deretan pokok kacang panjang yang Pokcik tanam dengan tangan sendiri dulu tu, rasa puas hati juga. Ada hasilnya.

Beberapa batang kacang panjang dah cukup saiz, Pokcik petik satu-satu. Tak banyak lagi, baru permulaan, tapi cukuplah buat masak tengah hari nanti. Minta mokcik kamu buat sayur lemak, goreng ikan sungai pekasam fuuh sedap ni. Makan panas-panas dengan nasi putih.

Pokok sawi pokcik pun makin subur dan lebar daunnya. Semalam jiran pokcik whatsapp minta beli sawi pokcik.. katanya sawi segar dari kebun lebih manis rasanya.. Alhamdulillah rezeki pokcik.. lepas la buat beli benih nanti.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
Berbudi pada tanah, sekali menambah perbelanjaan...nampak segar sayur kacang panjang tu..pucuk dia boleh buat masak lemak cili api tau pokcik.. kadang pucuk tu pun sedap buat goreng belacan..
AMIIZAA@Mieja berkata…
Seronok ada hasil sayuran, jimat membeli. sayur mahal skrg. Banyak hasil kutipannya, kacang panjang tumis dgn cili & pecah telor pun sedap
Airene Erawan berkata…
segar bugar sayur kacang panjang tu.. suka masak pecah telur juga.. cicah budu pun sodap.. ^^

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...