Tengahari tu, matahari memancar terik. Di bendang selut belakang kampung, budak-budak ligat bermain, berkubang, sambil cari siput untuk dimasak petang nanti.
Tapi pandangan pokcik terhenti pada seorang budak ni. Bajunya berlumpur, mukanya berpeluh, tapi tangannya erat pegang segelas plastik penuh lumpur dan siput. Dalam sinar matahari yang menampar kulit, dia pandang ke arah kamera pokcik
Mungkin dalam gelas itu cuma siput kecil, tapi pada wajah budak ni aku nampak sesuatu yang lebih besar — harga usaha, nilai bermain, dan makna kehidupan di kampung.
Inilah wajah-wajah kecil yang mengajar kita tentang ketabahan — bukan dengan kata-kata, tapi dengan lumpur, senyum tawar, dan segelas rezeki dari tanah.
Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...
Ulasan