Langkau ke kandungan utama

Kenapa Pokcik Tak Boleh Minum Kopi

Lepas asar petang tadi, pokcik duduk termenung tepi jendela, isteri pokcik dan anak pokcik masih di hospital.. menantu pokcik belum lagi nak beranak... kesian, sekejap sakit sekejap ok.. orang perempuan tau macam mana sakitnya 

Tiba-tiba bau kopi dari rumah jiran baru sebelah semerbak sampai ke ruang tamu. Hati ni bergelora...sedapnya bau kopi tapi apakan daya, mulut dah tak boleh jamah, perut dah tak boleh terima, badan pun dah bagi isyarat .

Kenapa pokcik tak boleh minum kopi? Ha... ni pokcik nak cerita sikit, mana tahu ada sahabat kita yang senasib.

1. Perut pokcik ni manja… sikit-sikit pedih

Dulu masa muda, kopi o kaw pagi petang malam tak jadi hal. Tapi sepuluh tahu lalu bila minum je kopi, mula lah perut pedih. Rasa macam ada api menyala kat dalam dada. Doktor kata pokcik kena GERD, asid naik balik ke kerongkong. Maka bermulalah pantang... kopi dan nescafe masuk senarai hitam..

2. Jantung laju, dada berdebar

Sekali tu pokcik minum kopi semasa kenduri, kononnya nak lawan mengantuk. Tak sampai setengah jam, jantung rasa berlumba, tangan menggigil, kepala pun pening. Rupanya, kafein tu buat pokcik jadi anxiety. Sejak tu, pokcik serik. Bukan takut... 

3. Malam jadi siang

Minum kopi waktu petang, malam tu pokcik pusing kiri kanan atas tilam. Dengar bunyi cengkerik pun boleh marah. Mata tak nak pejam, badan letih. Akhirnya subuh baru dapat lena. Pokcik kata dalam hati, "tak berbaloi".

4. Ubat pun tak ngam dengan kopi

Pokcik makan ubat darah tinggi dan ubat gastrik. Bila campur dengan kopi, kadang jadi berdebar, kadang naik angin dalam badan. Doktor nasihat elakkan. Pokcik ikut. 

Rindu tu tetap ada…

Jangan kata tak rindu. Kadang bila anak buat kopi, pokcik sengaja duduk dekat. Hirup bau pun dah cukup rasa damai. Tapi pokcik selalu ingatkan diri:

Pokcik tukar selera Sekarang pokcik minum Milo kosong, teh o atau tea o ais, kadang kopi herba tanpa kafein. Yang penting, badan sihat, tak berguling lepas minum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu