Langkau ke kandungan utama

Latihan rumah sukan

Pagi tadi dari jam 8 sampai ke pukul 10, riuh rendah kawasan sekolah dengan gelak tawa, sorakan murid-murid dan guru. Latihan rumah sukan sedang berlangsung. Seperti biasa Pokcik turun padang sandang kamera sebelah bahu kanan cari momen momen menarik untuk dirakamkan. 

Dah jadi macam kerja wajib Pokcik setiap kali ada majlis kerana minat Pokcik pada aktiviti merakam gambar. Setiap kali ada majlis dan acara sahabat sahabat pokcik akan lantik pokcik sebagai AJK dokumentasi dan jurufoto. Tak lantik nanti pokcik merajuk kata mereka. Pokcik ok jer

Pokcik kongsi sekeping dua gambar latihan tadi.



















Ulasan

adnil linda berkata…
sepayong nie dekat bukit payong ke?? hihihi...
lawa2 gambar pokcik ambil..patot lah tak boleh letak jawatan
Airene Erawan berkata…
ingat zaman sekolah menengah dulu.. saya ajk tukang bancuh air dari form 1 sampai form 5.. sebab kalau masuk rentas desa, saya paling last sampai.. lagi baik pergi tolong buat air.. lagi banyak faedah.. hahahaha.. ^^
Puan Hazel berkata…
Best jadi tukang ambik gambar Pokcik, boleh duduk depan sekali hehe...
AMIIZAA@Mieja berkata…
seronoknya anak-anak bersukan...teringat zaman sekolah rendah wakil sekolah, tiba-tiba saya jadi penakut bila dah campur dengan banyak sekolah...takut kalah hehehheheh
Mun berkata…
sy plak baru je habis sukan kat sek ni.. seronok jadi hakim.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu