Langkau ke kandungan utama

Pagi Yang Menyentak Jiwa, saksikan kemalangan di depan mata

Pagi tadi, seperti biasa Pokcik keluar awal nak ke sekolah. Cuaca redup, pagi seperti biasa jalan sentiasa sibuk... tapi hati Pokcik tiba-tiba rasa tak sedap masa sampai di selekoh Kampung Chegar Batang.

Dari jauh, Pokcik nampak ada orang ramai berkerumun. Kereta mula bergerak perlahan. Dalam hati, Pokcik dah dapat agak — mesti ada sesuatu yang tak elok berlaku.

Sampai dekat sikit, Pokcik nampak betul-betul depan mata. Sebuah motosikal remuk di tengah jalan sementara pacuan empat roda, Kembara tersadai di tepi parit. Penunggang motosikal... masih di bawah kembara... tak bergerak.. jangkaan pokcik mungkin dah meninggal dunia. Sementara itu pemandu Kembara masih tersepit di tempat duduk. Orang ramai cuba bantu, tapi tak mudah.

Pokcik tak mampu nak turun. Terasa kaki berat, dada sesak. Trauma lama menjengah kembali. Pernah dulu Pokcik saksikan kemalangan yang lebih kurang begini juga  dan ia meninggalkan kesan yang bukan sedikit dalam hati.

Pokcik teruskan perjalanan. Dalam diam, mata jadi sayu. Hati berkecamuk. Fikiran kosong. Sampai ke sekolah, Pokcik duduk sekejap dalam kereta. Ambil nafas panjang-panjang. Dalam benak, cuma satu: betapa cepatnya hidup boleh berubah.

Baru tadi orang tu bangun, mungkin bersarapan, pakai baju, keluar rumah, hantar anak ke sekolah dengan senyuman, ya senyuman terakhir untuk anak.

Pokcik doakan mereka yang terlibat diberi ketabahan. Yang pergi, semoga ditempatkan dalam rahmat Allah. Yang tinggal, semoga kuat hadapi ujian ini.

Kadang-kadang kita terlalu leka kejar waktu, kejar tugas... sampai kita lupa nyawa kita hanya pinjaman yang boleh ditarik bila-bila masa.

Al-Fatihah... untuk yang telah pergi pagi ini.



Ulasan

thisni3za berkata…
Allahuakbar...Semoga nyawa mereka masih milik mereka..Amin
adnil linda berkata…
linda pun tak berani nak tengok kalau kemalangan betul2 baru berlaku...
Suria Amanda berkata…
Allahuakbar..semoga dipermudahkan urusan mereka semua yang mengalami malapetaka
AMIIZAA@Mieja berkata…
Sedihnyaaaa.....moga arwah ditempatkan dikalangan para solehin...kalau bukan hiway bawa slow-slow sahajalah, sedih kalau jenis bawa laju-laju ni

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.