Langkau ke kandungan utama

Makan Malam Pokcik — Satu Sudu, Satu Suapan, Satu Cerita

Malam ni rumah sunyi. Tak dengar suara anak, tak ada bunyi cucu menangis, dapur pun senyap. Pokcik duduk sorang-sorang. Anak dan menantu masih di hospital — isteri Pokcik pun temankan mereka. Cucu sulung Pokcik baru lahir kelmarin masih lagi dalam jagaan doktor. Alhamdulillah semuanya selamat… cuma masih belum balik rumah.

Tak masak apa-apa pun malam ni, takde selera nak bersungguh. Waktu pandu balik dari Kuala Terengganu petang tadi, pokcik singgah beli nasi putih, ayam goreng berkuah, dan cili padi merah yang tersembunyi dalam sudut bekas.

Makan sorang-sorang depan tablet. Cerita drama Korea tengah berjalan — ada babak perempuan tengah berbual dengan anak dia.

Ayahmu mau ajak kita untuk tinggal di Jepang dulu sementara.”

Entah kenapa, ayat tu rasa dekat di hati Pokcik malam ni. Mungkin sebab semuanya terasa sementara. Malam sunyi ni pun sementara. Makan sorang pun sementara. InsyaAllah esok atau lusa, rumah ni akan riuh balik dengan suara cucu menangis, gelak anak menantu, dan leter manja mak budak.


Ulasan

Warisan Petani berkata…
Selamat menjamu selera

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu