Hari ni Pokcik tak turun ke kebun. Pagi-pagi lagi dah siap elok-elok — baju bergosok, minyak atar sikit kat leher, kasut pun bersih berkilat. Mokcik pun pelik tengok Pokcik wangi semacam. Dia tanya nak ke mana, Pokcik jawab, "Nak gi mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian Besut."
Bukan main semangat nampak gaya, padahal Pokcik cuma hadir sekejap… cukup syarat, tunjuk muka, ambik gambar dua tiga keping, terus balik. Orang kata tunjuk komitmen. Hehe.
Sampai je rumah, belum sempat tukar baju, mokcik pula ajak ke Pantai Bukit Keluang. Katanya bosan duduk rumah, asyik hadap dinding. Nak juga tengok laut, rasa angin. Pokcik pun ikut sajalah… bawa sekali cucu dan menantu yang tengah berpantang. Kesian juga mereka, terkurung je sejak balik kampung.
Sampai pantai, redup elok. Angin lembut tiup rambut cucu, menantu pun nampak lega dapat hirup udara segar.
Line internet kat kampung masih lagi tenggelam timbul.
Ulasan