Rabu, 2 Julai 2025

Anak pokcik ajak casting haruan

Petang semalam cuaca elok… langit ceroh, angin pulok lalu lembut-lunak je. Anak jantan Pokcik nombor tiga tu balik bercuti — bini dia dok tunggu hari, tunggu masa je nak beranak. Dia kata, "Abah, jom kita pegi casting kat baruh"

Pokcik pun tak banyak bunyi… dia ajak bini dia sekali dengan mama nya (bini pokcik). Kami berempat guna kereta dia, tak jauh mana pun, tak sampai lima minit

Dia pegang joran, meniti atas batas. Campak kiri campak kanan, pokcik jalan atas jalan batu, memerhati dari jauh dengan kamera ditangan, menanti momen yang menarik untuk dirakam gambar. Baruh tu penuh air lagi, rumput liar naik melambak. 

Pokcik risau juga tengokkan dia yang beria sangat nak pancing, bukan apa isteri dia tu kan tengah sarat, tunggu masa...

Tak sampai lima-enam kali dia baling umpan katak plastik.. zapp! ada sambaran. Haruan seko naik, tak besar, tak kecik… cukup-cukup molek. Dia angkat sambil senyum.. 


Haruan tu bukan penting sangat… tapi masa bersama, gelak tawa, gurau senda tu lah yang mahal. 

Pemandangan petang semalam pun cantik..



1 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Pergh...pokcik nyer gambar kelass la.....especially yang sunset tu...lawa terukkk