Langkau ke kandungan utama

Makan mee celup di kedai pelayan

Petang tadi, Pokcik keluar makan sorang-sorang. Bukan sebab merajuk, tapi sebab Mokcik tak sempat masak. Sejak cucu baru lahir minggu lepas, Mokcik sibuk benar. Sekejap tukar lampin, kejap panaskan air, kejap bantu menantu yang tengah berpantang. Pokcik tengok pun kesian, jadi tak sampai hati nak minta sediakan makanan untuk pokcik

Jadi Pokcik capai kunci kereta, dan hala terus ke satu kedai hujung kampung sana, tepi simpang masuk dusun rambutan. Kedai ni tak besar mana, tapi selalu penuh orang. Yang jaga kedai—haa ni yang buat Pokcik seronok sikit nak masuk—pelayan dia orang Siam. Tapi fasih loghat Kelate. Cantik pulak tu, manis lembut senyum dia, macam pulut manis letak kelapa muda.

Sampai je Pokcik tarik kerusi plastik biru, belum sempat duduk betul-betul dia dah datang senyum sambil tanya:

"Abe, nok makan gapo harini?"

Aduh, lembut suara dia. Pokcik pun tersengih. 

"Mee celup semangkuk, air teh o ais satu," jawab Pokcik sambil cuba tahan jantung dari laju sangat. (Bukan nak mengatal)

Mee celup dia, Pokcik cakap betul, cukup rasa. Hirisan daging nipis-nipis, taugeh segar, daun sup tabur atas, kuah pulak pekat wangi—tak pedas sangat, tak tawar sangat. Kalau Mokcik makan pun dia akan angguk kepala tanda sedap. Tapi Pokcik tak berani nak bawa Mokcik sekali, takut dia perhati Pokcik lebih dari mee celup tu.

Masa makan tu, Pokcik tenung suasana dalam kedai. Ada anak muda makan sambil main telefon, ada tok ayah dua tiga orang sembang hal harga getah dan  ada yang datang satu keluarga bersama anak kecil.

Selesai makan, Pokcik bayar kat kaunter. Dia sambut duit sambil senyum lagi: 

"Terima kasih, Abe. Mari lagi ye!"

Pokcik senyum balik, tapi dalam hati: "Pokcik mari lagi, jangan risau... tapi jangan sampai Mokcik kamu tahu sudah..."..😄

Ulasan

thisni3za berkata…
Sekali pandang nmpk mcm mee hailam..Tp nmpk sedap mee celup tu =D
Sueann berkata…
Ada bungkus x untuk Mokcik...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...