Langkau ke kandungan utama

Majlis Bercukur Cucu

Pagi tadi, lepas mengaminkan doa yang dibaca imam Pokcik cepat cepat balik ke rumah dari surau. Hari ni bukan pagi biasa. Hari ni majlis bercukur cucu sulung Pokcik — anak sulung kepada anak nombor tiga Pokcik.  Pokcik nak bantu mokcik kemaskan rumah dan siapkan apa yang patut.

Lepas jam 6.30 pagi, satu-satu ahli kariah mula datang. Ada yang naik motor, ada yang jalan kaki sebab rumah tak jauh. Yang perempuan duduk bahagian dapur, tolong-tolong mokcik siapkan hidangan. Bahan untuk majlis bercukur pokcik telah siapkan dari semalam terletak atas talam kecil .

Cucu Pokcik, masih kecil, baru tujuh hari lebih kurang. Tidur lena dalam buaian rotan yang Pokcik gantung dekat tiang ruang tamu. Bila majlis nak bermula pokcik minta anak pokcik ambil anaknya beri pada imam. Bila Tok Imam mula baca doa, cucu terjaga. Tapi tak menangis. Pandang je mata orang sekeliling dengan tenang, seolah-olah tahu hari ni hari istimewa dia.

Satu-satu, kami potong rambutnya. Gunting halus saja, sehelai dua rambut dimasuk dalam bekas air.

Selesai majlis, kami makan sama-sama. Mokcik sediakan nasi dagang, ketupat, agar-agar  tea 'o' serta pulut lepa yang mokcik tempah dari kawan dia.

Pagi ni terasa lain. Terasa hidup. Terasa makna tua yang sebenar — bila dapat tengok anak jadi ayah, dan kita menyambut cucu dengan kasih sayang orang kampung.

Alhamdulillah… Semoga cucu Pokcik membesar jadi anak yang soleh, dan rumah Pokcik terus jadi tempat tumpuan kasih, bukan sekadar tempat singgah sementara.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
Syukur alhamdulillah selesai majlisnya..semoga cucu pokcik membesar dengan sihat..
MOHAMAD TAUFIK berkata…
Alhamdulillah semoga cucu cepat membesar dengan sihat kuat dan berani
AMIIZAA@Mieja berkata…
Tahniah PB, majlis bertahnik telah pun selesai, comelnya baby pandai memandang semua org...bijak ...moga menjadi anak yg membanggakan ayah dan ibu serta keluarga
Airene Erawan berkata…
alhamdulillah.. semoga cucu pokcik membesar dengan sihat dan kuat..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...