Langkau ke kandungan utama

Sawi muda, segar dari kebun

Pagi tadi, mokcik minta tolong cabut beberapa pokok sawi dekat belakang rumah. Katanya nak masak sayur bening untuk menantu.

Pokcik pun turun ke kebun. Pokok sawi tu belum matang sangat, masih muda lagi tapi dah cukup elok – daunnya hijau segar, batang pun dah keras sikit. Sesuai benar kalau nak buat lauk berkuah ringan macam sayur bening.

Ini kali kedua Pokcik cabut sawi ni. Pokcik cabut beberapa pokok, bersihkan tanah sikit, dan bawa naik ke dapur. Mokcik terus bersihkan, hiris bawang merah dan rebus dengan air. Simple je untuk orang berpantang tapi cukup sedap.



Ulasan

Airene Erawan berkata…
saya pun suka sayur masak bening ni pokcik.. masak macam ni pun dah sedap..
Suria Amanda berkata…
Seronoklah menantu berpantang mertua jaga, jarang berlaku rasanya, selalu menantu pantang ebrsalin di rumah keluarga sendiri...tapi sekarang semua dah x kisah kan...pantang dan jaga sendiri pun ada
Puan Hazel berkata…
Wah untungnya menantu Pokcik. Dapat makan sayur segar airtangan mak mertua. Tahniah ye Pokcik sekeluarga dapat cucu alhamdulillah 🀲🏻

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu