Langkau ke kandungan utama

Sembang kedai kopi #4 - cerita paling menarik

Pagi itu, macam biasa kami duduk melingkar bawah pokok ketapang tepi kedai kopi Pak Din. Bau kopi kampung semerbak, bercampur dengan harum cekodok pisang panas. Ada Pokcik, Mat Rizal, Mail Towing, dan Tok Awang.

Mat Rizal mula, “Korang... korang pernah tak alami benda paling pelik tapi paling menarik dalam hidup?”

Mail Towing jawab, “Aku pernah jumpa hantu kereta sorong. Tengah towing malam-malam, dia lalu depan aku... tapi kereta sorong tu bergerak sendiri.”

Tok Awang gelak terbahak. “Hantu pun malas nak tolong tolak, sebab tu dia sorang je kat situ!”

Gambar janaan AI

Tiba-tiba Pokcik pun buka cerita.
“Paling menarik bagi Pokcik... masa zaman muda, Pokcik pernah selamatkan seekor kucing hutan yang cedera kena jerat dekat hujung bukit kebun getah tu.”

Kami semua terdiam.

“Kucing tu luka parah. Pokcik ambil, balut dengan kain buruk, bagi makan nasi dan ikan rebus. Lepas seminggu, dia sembuh... dan satu pagi dia hilang macam tu je.”

Tok Awang tanya, “Lepas tu?”

Pokcik senyum kecil.

“Dua tahun lepas tu, Pokcik kena serang babi hutan masa menoreh sorang-sorang. Masa tu Pokcik rasa memang habis la. Tapi tiba-tiba... kucing hutan tu muncul dari celah semak. Dia serang babi tu sampai lari lintang-pukang.”

Mat Rizal tepuk meja. “Woi! Ini baru betul cerita paling menarik!”

Mail Towing angguk. “Kucing balas budi! Hebat Pokcik... hebat.”

Pokcik hirup kopi sambil renung jauh ke bendang belakang kedai.

“Kadang-kadang, benda paling menarik bukan yang paling pelik... tapi yang paling kita ingat sampai tua... sebab dia ada jiwa.”


Nota pokcik : Siri sembang kedai kopi ini hanya rekaan semata-mata.. gambar hanyalah janaan AI... Sembang ini pokcik buat bila pokcik tiada cerita sebenar hendak dicatatkan di blog.

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
ada bakat menulis cerpen 🥰🥰🥰
Warisan Petani berkata…
Pelik juga babi hutan takut dengan kucing hutan
pokcikblogger berkata…
Sebab tu lah cerita yang paling menarik

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu