Langkau ke kandungan utama

Pisang Naik Subur Balik

Pagi semalam, Pokcik pergi tengok kebun pisang yang jarak lebih kurang 800 meter jauhnya dari rumah. Dulu tempat tu la Pokcik selalu duduk termenung... tapi sejak kena penyakit moko tu, Pokcik rasa macam hilang semangat. Pokok-pokok tu layu, batang lembik, buah tak sempat nak besar, habis rosak

Tapi Pokcik tak biar lama-lama gitu je.

Bulan lepas, Pokcik tabur baja kapur keliling pokok, siap dengan arang sekam sekali. Petua lama ni… arwah ayah Pokcik dulu rajin buat cara ni. Katanya, tanah berasid ni kalau tak seimbang, memang mudah penyakit nak hinggap.

Tadi masa tengok-tengok pokok, naik subur sungguh. Batang dia bukan main besar, macam nak pecah batang doh gayanya! Daun lebar segar, takde dah tanda-tanda layu. Pokcik berdiri kejap tengok, senyum sendiri. Rasa macam pokok tu ucap “terima kasih” balik kat kita.

Dulu mari satu macam perasaan dah putus asa, sekarang Alhamdulillah dah boleh senyum balik..

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
gemok-gemok...baja kapur tu beli dekat mana? nak try 😊😊😊

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.