Langkau ke kandungan utama

Tak sempat dengar ucapan? Meh Pokcik ringkaskan...

Kalau ada yang tak sempat dengar, jangan risau…

Pokcik dah tulis siap-siap ringkasan dia. Boleh baca sambil minum kopi panas dan makan cekodok pisang 😄


RM100 Bantuan Tunai – Masuk Terus ke MyKad

Yang ni paling Pokcik suka.
Semua rakyat 18 tahun ke atas akan dapat RM100 one-off, masuk direct ke MyKad.
Tak payah mohon pun. Guna ja kad tu masa beli barang kat kedai-kedai yang terpilih.

🗓️ Tarikh mula: 31 Ogos 2025 — cantik betul, sempena Hari Merdeka.


Cuti Umum Tambahan – 15 September 2025 (Isnin)

PMX umum cuti umum khas sempena Hari Malaysia.
Isnin, 15 September jadi hari rehat rasmi.

Maknanya…
📆 Kita dapat cuti panjang dari Sabtu, Ahad… sampai Isnin!

Jualan Rahmah Diperluaskan – RM600 Juta Peruntukan

Pokcik perati, ramai orang kampung suka beli barang masa Jualan Rahmah ni.
Sekarang ni, kerajaan nak lipat gandakan lokasi dan barangan murah. Peruntukan naik sampai RM600 juta!

Insya-Allah, telur murah, ayam segar, minyak masak semua akan jadi lebih mampu milik.
Yang penting, jangan lambat pi beli, nanti habis orang kebas dulu 😂

Tiada Kenaikan Tol – 10 Lebuh Raya Kena Tanggguh

Haa ni penting untuk anak-anak Pokcik yang duduk KL, Selangor tu.
PMX umum tol tak naik tahun ni walaupun ikut kontrak memang patut naik.
Kerajaan tanggung RM500 juta bagi kita boleh terus lalu tanpa beban lebih.

Pandu selamat ya… jangan main henpon atas highway!

RON95 Turun Harga! – RM1.99 Seliter

RON95 akan jadi RM1.99 seliter!
Harga yang dah lama kita tak jumpa. Selepas penyasaran subsidi dibuat, semua rakyat yang guna motor, kereta kecil, akan dapat manfaat ni.

Pokcik pun dah kira-kira, boleh jimat RM20 ke RM30 sebulan!

Pokcik bukan jenis suka politik sangat, tapi kalau pemimpin buat kerja elok, bantu rakyat yang susah, kita patut beri penghargaan juga.

Ulasan

MOHAMAD TAUFIK berkata…
Alhamdulillah guna sebaik mungkin

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...