Langkau ke kandungan utama

Pulut Tanpa Durian di Bilik Santapan Aminah

Pukul 10 tadi, masa loceng rehat bunyi... sahabat Pokcik ajak ke bilik santapan Aminah. Katanya ada pulut durian. Pokcik ni bukan jenis yang tak makan durian.. makan tetap makan tapi biasanya dua ulas saja dalam satu hidangan pulut. Pagi tadi pokcik makan ubat penahan sakit.. sakit gigi masih belum hilang.. jadi tak berani lah nak makan durian.. Tapi bila orang jemput makan, takkan nak tolak bulat-bulat. Rezeki jangan ditolak, kan?

Sampai saja di bilik santapan, beberapa orang guru dah siap makan. Bau durian dah naik menyelinap ke dinding dan langsir. Pokcik senyum je, buat-buat biasa. Tangan ni tak capai durian langsung, tapi Pokcik ambil juga sepinggan pulut. Letak sikit santan lemak, curah gula Melaka yang dihiris halus— yang orang kampung pokcik panggil nisan kerek.

Lembutnya pulut, manis lemak bersantan, rasa karamel dari nisan kerek — fuhhh... sedap sungguh walaupun tanpa durian. Pokcik makan perlahan-lahan sambil sembang-sembang dengan Cikgu Shukri dan Cikgu Marry yang duduk sebelah. Rasa macam makan di anjung rumah kampung zaman dulu. Cuma yang tak ada, nyamuk dan kipas rotan.

Kadang-kadang kita ni tak perlu pun makan semua benda yang orang suka. Tapi kita boleh raikan suasana, boleh duduk sekali. Yang penting, tak menyendiri. Pulut tanpa durian pun boleh jadi manis kalau makan dalam suasana yang ikhlas dan penuh gelak ketawa.

Terima kasih sahabat Pokcik yang ajak tadi. Walaupun Pokcik tak jamah durian, tapi kemanisan pagi ni terasa sampai ke hati.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
semerbak la bau durian kat bilik tu...SA pun bukan pemakan durian yang tegar...x leh makan banyak sebab durian tinggi gula..x sesuai utk org nak turunkan berat badan kan
mama tisya berkata…
makan durian dgn pulut ok janji yg isi duriannya kuning...tp kalo nk ratah shj tk bole...dlu ekcik2 suka tp dh besar gitu la plak..kdg2 pening bila bau durian

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...