Langkau ke kandungan utama

Penat Tiba-Tiba di Pejabat Sekolah

Pokcik tengah kemas dokumen sikit sebelum mesyuarat, tiba-tiba rasa letih melampau. Badan rasa lemah, kepala berdenyut sikit, peluh pun keluar tapi bukan sebab panas. Pokcik duduk kejap, tarik nafas dalam-dalam. Mujur ada air manis dalam bekas botol, Pokcik minum sikit. Lepas tu barulah rasa lega sikit, tapi masih tak sedap hati.

Gambar janaan AI berdasarkan gambar pokcik 

Masa tu Pokcik terfikir, mungkin ini hypo – gula dalam darah turun. Atau mungkin perut masuk angin sebab pagi tadi sarapan pun cuma secawan Milo kosong dan dua keping roti kering. Hati pun dah mula berdebar, sebab umur-umur macam ni, kita kena lebih jaga makan dan rehat.

Pokcik masuk sekejap dalam bilik mesyuarat dan sampaikan maklumat dan beberapa perkara yang berkaitan untuk makluman barisan pentadbir dan guru-guru.

Jadi Pokcik pun ambil keputusan untuk rehat awal hari ni.. minta izin keluar dan balik awal dari guru besar.. Tuan guru besar memberi keizinan melihatkan muka pokcik yang dah pucat katanya. 

Pesanan pokcik untuk diri sendiri dan sahabat sahabat pokcik 

Jangan tinggal sarapan, walau sibuk macam mana pun.

Minum air cukup. Bukan sekadar kopi atau teh tarik.

Kalau ada penyakit macam kencing manis, kena peka dengan tanda-tanda badan sendiri.

Jangan malu nak berehat bila badan bagi amaran.

Dulu masa muda, penat macam mana pun kita layan je. Tapi sekarang, bila badan mula bagi isyarat, jangan tunggu sampai rebah baru nak mengaku letih.

Ulasan

adnil linda berkata…
Moga cepat sembuh ya pokcik
#JMBELOG berkata…
semoga dipermudah segala urusan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu