Langkau ke kandungan utama

Sarapan Milo Kosong Dengan Roti Canai Telur Dalam Kebun

Pagi tadi Pokcik tak terus balik rumah lepas beli sarapan. Singgah sekejap ke kebun — tempat Pokcik rasa tenang, dekat dengan tanah dan diri sendiri. Dalam suasana redup pagi, Pokcik duduk atas kerusi kayu buruk yang dah lama setia bawah pokok manggis tua.

Atas meja kecil secawan Milo kosong panas yang Pokcik beli dari kedai kopi kepala jambatan.  Milo tak manis, tapi cukup untuk panaskan dada di waktu pagi.

Sebelah cawan, sekeping roti canai telur, beli sekali dari kedai sama. Masih panas, garing tepi. Kuah kari letak dalam mangkuk plastik kecil.

Pokcik kunyah perlahan sambil pandang langit celah dedaun. Angin pagi menyapa pipi, bunyi unggas kampung menyanyi perlahan. Kadang ayam kampung lalu, kadang merbah dan murai hinggap kat dahan sebelah. Kebun ni bukan besar mana, tapi cukup jadi tempat Pokcik bernafas dari bising dunia luar.

Tak perlu meja batu, tak perlu pinggan kaca — cukup dengan kerusi kayu buruk, suasana kampung, dan sarapan sederhana, Pokcik dah rasa tenang dan damai di tanah sendiri.

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
syoknyaaa...rasa tenang jerk bila dapat breakfast diluar...
Suria Amanda berkata…
Kedamaian yang SA impikan...sesekali perlukan ketenangan kan...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...