Langkau ke kandungan utama

Hari kedua bawa menantu pergi buat urutan

Cerita petang ni..

Petang ni pokcik tak turun kebun. Pokcik ambil angin luar sikit. Bawa menantu pokcik pergi berurut ke rumah bidan kampung dalam 10 kilometer jugaklah dari rumah. Hari ni hari kedua, esok hari terakhir urutan. Bidan tu orang lama, tangan dia lembut tapi "berisi", kata orang tua-tua. Menantu pokcik baru bersalin, jadi memang elok sangat kalau dia urut dan jaga badan elok-elok.

Selesai berurut, pokcik singgah kat medan selera. Nak cari makan untuk menantu dan mokcik. Orang berpantang ni tak boleh ikut sedap rasa nak makan. Hari tu pokcik beli sebungkus nasi air RM2, tapi kosong takda ayam. Hari ni pokcik minta letak ayam sikit, kena RM4. Pokcik order sup keting, mokcik pula nak makan mee rojak.. nak yang spesial katanya..

Dia orang berdua berada dalam kereta.. sementara tunggu tempahan tu siap pokcik order ABC makan senyap senyap kat situ..  jangan beritahu dia orang.. nanti bising pula mokcik tu..

Esok hari terakhir urutan, dan bayaran upah jugak akan diberi pada bidan esok hari..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu