Sabtu, 15 November 2014

Disengat lipan

Jari kaki masih lagi berdenyut, sakitnya bukan kemain.  Alkisahnya terjadi pagi tadi bila pokcik ingin buka suis lampu bilik air. Kerana keadaan sedikit gelap diruang lantai pokcik tak nampak apa yang menunggu kat situ. Apalagi terus terpijak ekor benda tu lalu menyengat kaki ni.

Bila ke hospital, dapatlah sejarum suntikan untuk dua jenis ubat.... satu ubat untuk menahan bisa dan satu ubat tahan sakit.

Sekarang ni musim hujan suhu sejuk, kala, jengking,
 lipan suka merayap keluar dari tempat persembunyian..... jadi hati-hatilah walaupun dalam rumah sendiri.....  ni kali kedua pokcik kena sengat lipan.

Kali pertama semalaman dalam wad. Disengat kala sekali... tebuan dah acapkali yang tak boleh dilupakan bila dipatuk ular kapak air... huh... dua malam dihospital sehari pengsan.

Aduihlah... kaki pokcik masih sakit.....masih berdenyut-denyutlah.

Tiada ulasan: