Langkau ke kandungan utama

Rezeki Dari Anak Sungai Banar

Petang tadi, selepas balik dari kerja, Pokcik tak terus balik rumah. Terus singgah ke Sungai Banar, sebuah anak sungai yang terletak berhampiran dengan kebun getah Pokcik. Pakaian kebun memang dah sedia dalam kereta..

Sungainya kecil sahaja. Bukan tempat yang istimewa pun, tetapi sesekali ada juga rezeki yang menunggu di situ. Dapatlah Pokcik menghabiskan sedikit masa selepas seharian bekerja. Dua tiga hari ni hujan lebat dan air memenuhi anak sungai, cuma hari ini saja matahari muncul. 

Kebiasaannya bila anak sungai memenuh, banyaklah ikan ikan akan mudik untuk bermain air dan bertelur. Tapi kali ini pokcik tak bawa pukat dalam bonet kereta hanya ada batang kail sahaja. Umpan pokcik guna cacing yang mudah didapati sekitar tebing anak sungai.

Alhamdulillah, petang tadi ada juga hasilnya. Beberapa jenis ikan berjaya dibawa pulang. Antaranya ikan peras, ikan kawan, ikan tebal sisik dan ikan merah pipi. Macam-macam jenis bercampur dalam satu besen.

Bukan ikan besar yang dicari. Dapat ikan kecil begini pun sudah cukup menggembirakan hati. 

Sampai di rumah, Mokcik tengok hasil tangkapan Pokcik. Mokcik kata, ikan-ikan ini hendak dibuat pekasam.

Nampaknya kali ini bukan semuanya akan masuk kuali. Ada pula yang bakal dijadikan ikan pekasam. Pokcik serahkan urusan itu kepada Mokcik. Bab membuat pekasam ini biarlah Mokcik yang menguruskannya.

Terbayang pula nanti ikan pekasam yang sudah cukup peram, digoreng bersama bawang dan cili. Makan dengan nasi panas, memang menyelerakan. Kalau menjadi, bolehlah disimpan sedikit untuk makan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...