Langkau ke kandungan utama

Melapah kulit pokok gonggang



Dah masuk bulan februari dan agak lama pokcik menyepi tanpa sebarang cerita yang dipaparkan. Tadi pokcik masuk masuk hutan, mendaki sedikit bukit kecil bagi mendapatkan sekeping kulit pokok gonggang untuk dibuat ubat.

Pokok ini tumbuh dialam kebun getah pokcik. Pelbagai usaha pokcik lakukan sebelum ini untuk mebiak dan memperbanyakkan lagi pokok ini tetapi idak berjaya. Pokok gongganng ini mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan tradisional.

Pokcik tidak tahu apa yang terkandung dalam pokok ini, pokcik hanya mewarisi dari arwah ayah pokcik bagaimana cara menyediakan pokok ini untuk dijadikan ubat itu sahaja. Getah  dari kulit pokok ini bila diproses menjadi minyak amat berkesan untuk kegunaan luar badan manusia. Seperti gatal kulit, merawat celah kaki yang berair, terkena api, boleh juga digunakan untuk berurut dan baik untuk merawat luka yang lambat kering akibat kemalangan.

Pokcik pernah bercerita DISINI tentang khasiat pokok gonggang ini untuk merawat luka kulit anak pokcik yang kemalangan jalanraya.  Pokcik berhasrat untuk membotolkan minyak kulit pokok gonggang ini dan menjadikannya sebagai hadiah giveaway pertama yang akan pokcik adakan sedikit masa lagi, itu pun sekiranya ada sambutan dikalangan blogger semua.

Rakan blogger mungkin boleh mencubanya nanti atau simpan untuk masa keperluan. Penyeiaan minyak ini adalah secara tradisional. In Sha Allah mungkin berkesan bagi sesetengah orang dan mungkin tidak bagi orang lain.

















Ulasan

Normala Saad berkata…
Belum pernah lihat pokok gonggang. Ni first time dengar. Besar pokoknya ya. Terima kasik kerana kongsi ilmu yg cukup menarik.
ADMIN berkata…
kalau nk beli kulit pokok tu boleh ke? apa nama lain bagi pokok gonggang ni?
GoldLeaf berkata…
kalau ada getahnya sy berminat nak beli pakcik..nak buat ubat penyakit kulit ayahanda sy.
Unknown berkata…
Saya berminat nak beli getah pokok gonggang ni jika abang mejual utk merawat masalah kulit saya. Harap dapat maklum balas Abg Mizi bagimana nak contact. Terima kasih.
Kaeyl berkata…
Assalamualaikum. Saya juga berminat utk beli minyak gonggang. Elok untuk anak saya yang ekzema. Susah saya nak cari pokok ni

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..