Langkau ke kandungan utama

Semua peserta GA adalah pemenang

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan GA pertama pokcik telah pun tamat. Terima kasih tidak terhingga kepada lima belas blogger yang sudi menyertai GA pokcik ini. Tanpa pilih kasih dengan berbesar hati pokcik akan memberi hadiah minyak gonggang ini kepada semua perserta GA pokcik.

Kepada peserta GA pokcik, bolehlah emailkan maklumat dibawah kepada pokcik :

1.   Nama Penuh
2.   Alamat Tetap

3.   No. Telefon
4.   URL penyertaan GA 

emailkan kepada damalkamis@gmail.com.  Semua peserta akan diletakkan dalam Bloglist bulan bermula dari sekarang hingga bulan Jun.

Senarai peserta bertuah adalah seperti dibawah :

3.   Noor Najwa
4.   CikLa Shahril 
5.   Ika.S 
6.   Zafirah Nazri 
8.   Nur Izzati 
9.   Shikin Razali 
10.  sviors 
11.  Sya Nissa 
12.  ejulz 
13.  Miss Mulan 
14.  Mrs Pip 
15. Maisarah Ibrahim
16. Nona Qiyah

In Sha Allah hadiah GA, minyak gonggang akan menyusul selepas ini. Boleh sahabat-sahabat blogger mencubanya. Usah bimbang, usah takut kerana minyak gonggang ini dihasilkan dari kulit pokok gonggang dan hanya dimasak dengan minyak kelapa sahaja. Tiada penggunaan bahan kimia. 
Keluarga pokcik sentiasa menggunakannya, bukan hanya ketika terkena gatal kulit, terkena minyak panas atau air panas, kulit berkerapu, kaki makan air (athlete foot), luka berair atau apa sahaja berkaitan kulit. Ada ketikanya kulit lengan pokcik terasa kering atau kusam pokcik akan menyapu minyak ini.
In Sha Allah cuba dahulu....

Ulasan

Ri. berkata…
Alhamdulilah, wah tahniah semua dan terima kasih pokcik.
Semoga murah rezeki selalu buat pokcik :)
Shikin Razali berkata…
Alhamdulillah..tahniah pada semua pemenang dan nanti saya send details.. terima kasih pada pokcikblogger..semoga pokcikblogger sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Ika.S berkata…
Yayy. Alhamdulillah. Terimakasih Pokcik :) Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin
Warisan Petani berkata…
Tahniah kepada semua yang menyertainya.
nona sani berkata…
Hi, tahniah kepada semuaaa..
Oh..Nona tak dapat eh minyak tuuu............

Tambah nama saya xleh ? ahhaha..takda rezekii, ye dakk~
cikyan berkata…
wahh terima kasih pokcik..semoga murah rezeki tau..cikyan dah emel dah.
sHaRiNa eLyaNa berkata…
Alhamdulilah terima kasih pokcik..hihi
Zati Salim berkata…
terima kasih pokcik.. zati dh email :)
tahniah semua pemenang .. ^^
Miss MuLaN berkata…
Alhamdulilah, terima kasih pokcik, done send email :)
Farhana Jafri berkata…
tak sempat nak join GA ni, anyway tahniah kepada semua pemenang :D

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...