Langkau ke kandungan utama

Temujanji Cabut gigi


Dua tiga hari yang lalu, bila tiba malam yang dingin. Sakit giginya bukan alang kepalang, menyucuk sehingga ke tulang hitam. Menantikan hari temujanji bagi sesi cabut gigi bagaikan penantian yang amat panjang. Cukup menyeksakan hanya berbekalkan ubat penahan sakit.

Pagi ini, alhamdulillah sakitnya dan reda. Temujanji yang sudah termeteri dengan doktor gigi yang dicintai dipenuhi.. Seorang doktok wanita, cantiknya doktor tidak terperikan disebalik topeng muka. Dua suntikan bius yang menyerikan diberi, sedikit menyakitkan. Sementara menanti bius memberi kesan, selama dua minit pokcik direhatkan.

"Dah selesai" Kata doktor.

"Cepatnya" kata pokcik sambil mengigit mengetatkan kapas digigi. Tidak terasa sedikit pun gigi yang dicabut tadi.

"Terima kasih doktor" kata pokcik dengan nada suara yang tidak jelas kerana mengigit kapas yang berada didalam mulut.

Selepas sejam setengah barulah pokcik terasa kembali sakit bila kesan bius mulai menghilang... aduuuii, sakitnya bukanlah sesakit dua tiga hari yang lalu tapi bolehlah tahan... siapa-siapa yang pernah merasai sakit gigi dan cabut gigi tahu bagaimana sakitnya.

Ulasan

MaisarahSidi berkata…
masa cabut, tak rasa sakit. bila ubat bius dah berkurang, baru rasa sakitnya. saya pernah rasa cabut gigi bongsu sampai bengkak pipi hehe

www.maisarahsidi.com
Sha Mohamed berkata…
Saya paling takut jumpa doktor gigi.. Kikiki..
Masa dia cabut kalau bius betul memang tak rasa apa.. Tapi lepas ubat bius habis.. Pergh!! Memang sengsara.. Semoga lekas baik ye pokcik..
Warisan Petani berkata…
Nasib baik doktor cantik yang buat, tu yang tak tersa gigi dah dicabut.
Mudah2an dah kebah sakitnya.
Etuza berkata…
Adoi sakitnya..apakan daya dah tiba masa kena buang..Sabar ja ya. Orang sini pun dah kena sakit gigi..jawapan nya kena cabut, sukar dah disembuhnkan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu