Petang tadi pokcik pergi ronda-ronda bersama ister3 pokcik kat sawah bendang.. Sekarang ni, musim menuai.
Alhamdulillah dua tiga hari ni cuaca kat kampung pokcik ni elok, jadi masyarakat kampung disini boleh meneruskan aktiviti menuai padi. Ada beberapa rakan sekampung pokcik yang mana padi mereka beberapa hari lalu ditengelami air banjir mengalami kerugian.
Tapi yang menarik perhatian pokcik tadi, ada seorang jiran pokcik bersama dengan cucu-cucunya sedang meragau ikan. Sekarang ni musim cuti sekolah, rumahnya meriah dengan kehadiran cucu-cucunya yang sedang bercuti, boleh dikatakan kesemua anak cucunya ini pengemar ikan darat... Anak cucunya ini tinggal dinegeri lain
Jadi jiran pokcik ni mengajak cucu-cucunya sama sama merasai bagaimana pengalaman meragau ikan dibaruh. Kalau tengok dalam gambar ini hanya dua sahaja tapi dibahagian petak sawah yang lain ada dalam lima enam orang lagi. Walaupun tinggal dibandar, cucunya ini tetap ingin merasai pengalaman ini.
Inilah yang terbaik , tahu dimana asal-usulnya...
Ulasan