Langkau ke kandungan utama

Betik Muda Goreng: Ilham Dari Blog Puan Hazel

Petang semalam masa Pokcik tengah baring-baring rehat sambil menahan gigi yang sakit,  Pokcik belek-belek blog rakan-rakan blogger. Tersinggah satu entri dari blog Puan Hazel — dia cerita pasal betik muda goreng.

Ya Allah… gambar dia tu! Taklah sampai menitik air liur tapi... jujurnya Pokcik rasa terliur jugak. Tengok hirisan betik yang digoreng garing kekuningan, lepas tu tabur sikit garam halus, fuhh… terus teringat pokok betik belakang rumah Pokcik.

Bukan satu, dua pokok tengah berbuah lebat. Ada yang baru sebesar lengan, ada yang sebesar betis dan ada jugak yang ngam-ngam untuk digoreng. Selama ni kalau yang muda, Pokcik buat rojak atau kerabu je, tapi tak pernah lagi try goreng macam Puan Hazel buat tu.

Jadi, petang nanti Pokcik cadang nak ambil sebiji dua. Potong nipis-nipis, rendam air garam kejap, kemudian goreng garing. Kalau cukup sihat, nak cicah sambal kicap sikit — sambil minum teh o panas. Harapnya gusi Pokcik ni cepat benar surut bengkak, boleh la kunyah dengan hati yang redha dan penuh nikmat.

Kadang-kadang idea datang dari mana-mana. Dari blog kawan pun boleh jadi ilham dapur. Terima kasih Puan Hazel — nanti Pokcik cuba dan insyaAllah kalau tak jadi seperti itu ia tetap jadi versi pokcik..😁🤭

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Haaa dah agak dah..Pokcik terinspirasi ni dari blog PH
AMIIZAA@Mieja berkata…
Banyaknya buah betik PB, rezeki melimpah ruah buanhnyaaaa
adnil linda berkata…
Hii, betul lah tu..terjebak dengan sis PH kita..kalau Linda, masak tumis pedas..kuah sikit je..teringat kecik² sayur nie yang mak buat..
Etuza berkata…
Betul betul tergoda kan wak, tak apa ambil sebiji..banyak buah tu, cantik pula tu..past nanti masak sedap..
MOHAMAD TAUFIK berkata…
Banyak nya.... Alhamdulillah rezeki berbuah

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.