Langkau ke kandungan utama

Tebu, tanam sekarang untuk puasa tahun depan

Petang tadi pokcik luangkan masa bersihkan kawasan yang pokcik tanam tebu. Pokcik sapu daun kering, buang rumput liar, dan perhati satu-satu pokok tebu yang pokcik tanam dulu.

Sebenarnya, pokcik tanam tebu ni bukan terus untuk jual atau proses – tapi sebagai induk benih. Pokok-pokok yang tumbuh sekarang ni lah nanti pokcik akan ambik keratannya, jadi benih untuk kawasan tanaman tebu utama yang pokcik sediakan sebelahnya.

Perancangan pokcik, in shaa Allah... kalau semua berjalan lancar, musim puasa tahun depan – tebu pokcik akan masuk pasaran. Target pokcik bukan banyak pun, cukup untuk jual segar sebagai air tebu. Pokcik tahu orang kampung memang cari air tebu sejuk masa berbuka, apatah lagi yang manis semulajadi dari kebun sendiri.

Tanam tebu ni perlu sabar, tapi puas hati bila kita tengok dia naik subur. Pokcik doakan semuanya berhasil, dan mudah-mudahan tebu pokcik ni jadi rezeki tambahan di bulan Ramadan akan datang. Amin ya Rabb.

Ulasan

Etuza berkata…
Salam singgah..pasti berjaya bia ada usaha dan kemahuan ya
MOHAMAD TAUFIK berkata…
baru nampak bersih dan sedap mata memandang
AMIIZAA@Mieja berkata…
permintaan tinggi bila sampainya bulan puasa utk air tebu

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu