Satu pagi yang redup, Pokcik tengah jenguk-jenguk tebu kat batas belakang rumah. Elok je batangnya tegak, daun hijau melambai-lambai ditiup angin. Tapi mata Pokcik ni tak boleh tahan bila nampak satu benda pelik – batang tebu tu macam berlubang, dan di bahagian bawah — betul-betul tempat yang teduh tumbuh akar halus-halus, menjulur keluar dari celah buku tebu.
Tiba-tiba, muncullah Pok Leh, jiran sekampung yang memang kaki ziarah kebun orang bila dia bosan.
"Pokcik, napa batang tebu tu boleh tumbuh akar kat bawah-bawah gitu? Macam pelik je," tanya Pok Leh sambil tunduk-tunduk belek tebu Pokcik.
Pokcik pun jawab sambil pegang batang tebu tu dengan penuh gaya:
"Haaa Pok Leh, ini bukan pelik sangat, ini rahsia tebu yang tak ramai orang perasan. Mai sini Pokcik nak cerita sikit..."
📌 Kenapa Batang Tebu Berlubang?
-
Serangan Serangga Pengorek
- Kadang-kadang ada ulat pengorek batang yang masuk ikut celah buku, kemudian buat laluan dalam batang tu.
- Lama-lama jadi kosong dalam tapi pokok masih nampak hidup. Kalau ditekan, rasa lembik je.
-
Jangkitan Kulat atau Bakteria
- Penyakit macam red rot atau reput batang boleh sebabkan bahagian dalam batang jadi lembik, berair atau kosong.
- Kadang-kadang keluar bau masam atau busuk, tanda batang dah mula mereput.
-
Tekanan Cuaca atau Tanah
- Kalau tanah terlalu lembap, atau terlalu keras, akar utama tak dapat kerja elok. Maka batang mula berubah struktur, dan jadi mudah rosak.
🌱 Kenapa Akar Tumbuh halus tumbuh Di buku ruas tebu walaupun Batangnya tegak berdiri?
"Pok Leh, cuba perhati... akar yang tumbuh tu, dia keluar kat bahagian batang yang sentiasa kena teduh – bawah daun lebat atau celah batang. ’," terang Pokcik sambil tunjuk batang yang penuh akar-akar kecil.
-
Tebu Memang Pandai Cari Hidup
- Pokok tebu ni jenis adventitious, maksudnya dia boleh tumbuh akar dari batang kalau syarat cukup — teduh, lembap, dan tak panas.
-
Tumbuh akar halus di Batang walaupun batang itu tegak berdiri = Kawasan Lembap
- Di bahagian bawah daun atau batang, biasanya tak kena cahaya matahari terus, jadi lembap dan redup. Sesuai sangat untuk akar baru tumbuh.
-
Tanda Pokok Mahu Biak atau Stabilkan Diri atau pokok mati
- Kadang-kadang akar tu tumbuh sebab pokok nak kukuhkan kestabilan, atau mula cari tempat untuk biak jadi anak baru.
✅ Apa Nak Buat Bila Jadi Begini?
- Periksa Batang Selalu – pastikan tiada serangan ulat atau kulat.
- Potong Bahagian Rosak – jika nampak batang lembik atau busuk, potong dan buang cepat.
- Ambil Anak Tebu dari Akar Baru – akar yang tumbuh boleh jadi bahan untuk penanaman baru!
- Pastikan Saliran Baik – elak air bertakung di pangkal pokok.
Ulasan