Langkau ke kandungan utama

Sarapan Jeput Colek dikantin

Pagi ni Pokcik masuk kantin sekolah,  nak cari makanan untuk sarapan pagi ni... tapi terpandang satu dulang besar jeput panas yang baru naik dari kuali. Bau dia tu… aduh, terus buat perut berlagu!

Jeput cicah dengan dua jenis colek — satu sambal kicap pedas menyengat, satu lagi colek manis ala-ala Thai. Dua-dua mantap! Rangup, panas, cukup rasa… Pokcik tak tunggu lama, terus order set jeput ni dengan air Milo kosong. Lengkap!

Kadang-kadang, bahagia tu tak perlu benda besar. Duduk bawah kipas kantin sekolah, makan jeput panas sambil sembang dengan cikgu-cikgu perempuan yang kebanyakkan muda-muda.

Ada yang tanya pokcik "Pokcik tak nak tambah bini sorang lagi ke?.. Kita nak rekemen kat kawan kita cikgu juga tapi janda anak dua, gred DG10"

"Pokcik bukan tak nak kawin lagi kalau ada rezeki tapi pokcik malas nak serabut kepala nanti terjun tak bertangga pokcik dikejar mokcik kamu" itu yang mampu pokcik katakan. lagi pun pokcik tau dia orang bergurau.. 

Tua-tua ni kita nak hidup aman damai dengan anak cucu, sorang pun dah memadai yang kadang kadang susah kita nak handle ni kan pulak nanti berdua, bertiga.. sakit kepala 

Pokcik bersyukur... walaupun tak masak sendiri, tapi rezeki pagi ni tetap menyentuh hati. Alhamdulillah.

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Sedap tu sarapannya
MOHAMAD TAUFIK berkata…
cicah cicah...sodap tu
AMIIZAA@Mieja berkata…
sedapnya jemput-jemput.....kalau kat kedai 5biji rm1

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...