Langkau ke kandungan utama

Pagi di Kantin: Kopi dan Pisang Rebus

Rehat pukul 10 pagi tadi, Pokcik turun ke kantin sekolah. Perut bukan lapar sangat, cuma tekak nak rasa angin luar pejabat. Dari jauh nampak dua orang cikgu muda — Mat Afiq dan Ismadi — dah duduk menghadap sarapan pagi.

“Lapar sungguh nampaknya,” Pokcik sapa.

Mat Afiq senyum, tangan masih pegang cawan. “Tak sempat makan pagi tadi, Pokcik. Kelas bertindih-tindih… Baru lega sekarang.”

Ismadi angguk laju. Depan dia, ada pinggan kecil pisang rebus berasap dan secawan kopi O pekat hitam legam. Pokcik jeling pinggan tu, klasik sungguh.


Tiba-tiba Mat Afiq hulur sebiji pisang rebus. “Pokcik rasa lah, panas lagi ni.”

Pokcik geleng sambil ketawa kecil.

“Kalau Pokcik makan dua benda ni, kopi O panas dengan pisang rebus — alamat esok MC lah jawabnya! Perut Pokcik bukan kuat macam dulu.”

Serentak mereka gelak. Sampai pekerja kantin pun toleh, senyum.

Tapi dalam hati, Pokcik senyum juga. Walau nampak sederhana pisang rebus dan secawan kopi, pagi di kantin tu penuh cerita. Tempat cikgu lepaskan lelah, tukar gelak, dan tenang sekejap dari hiruk pikuk kelas dan fail.

Kadang-kadang secawan kopi dan pisang rebus pun dah rasa nikmatnya.


Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
Sedapnya pisang rebus....nostalgia salah satu makanan sarapan/minum ptg saya zaman kecik....
Airene Erawan berkata…
susah nak jumpa pisang rebus sekarang ni..

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu