Pagi tadi sahabat pokcik cikgu Noriza ada bawa pulut yang banyak cadangnya nak jamu guru-guru untuk makan pagi dibilik guru. Pokcik ambil sepinggan, tak terus makan sebab pokcik dah kenyang makan awal-awal lagi. Pokcik simpan untuk makan tengahari nanti
Tiba-tiba… masa tengah duduk depan skrin komputer, mata dah mula layu tengok fail Excel tak siap. Haaa… masa tu la Pokcik keluarkan pulut tadi. Perlahan-lahan, satu suap demi satu suap, makan depan meja kerja sambil dengar kipas berbunyi dan dengar suara satu demi satu anak murid keluar untuk pulang tamatynya sesi pembelajaran hari ini... makan pulut mungkin buat pokcik makin mengantuk nanti
Terima kasih cikgu Noriza. Pulut ni bukan setakat kenyangkan perut, tapi bagi semangat sikit nak sambung kerja tengahari.
Ulasan