Langkau ke kandungan utama

Bukan Kaya, Tapi Tenang Itu Tujuan”

Ada ketikanya, pokcik duduk termenung di tepi batas, sambil tengok pokok sawi yang makin galak naik daunnya. Tangan sebelah pegang cangkul, tangan sebelah lagi pegang cawan kopi. Angin pagi lalu pelan-pelan, bawa sekali fikiran pokcik yang entah melayang ke mana.

Pokcik teringat satu ayat dalam buku The Psychology of Money

“Kekayaan sebenar ialah bila kita boleh buat apa yang kita suka, bila kita suka, dengan siapa kita suka.”

Dan teringat pula kata-kata P.Ramlee dalam Filemnya.... "kekayaan bukan terletak di tangan bapak.............."

Pokcik senyum sendiri. Betul sungguh. Orang sekarang kejar kaya, tapi ramai tak sempat nak rasa tenang. Sibuk kerja siang malam, nak beli itu ini, tapi bila sampai rumah, kepala masih serabut. Hati tak pernah puas.

Duit tu penting, tapi...

Pokcik bukan nak kata duit tu tak penting. Pokcik pun kena beli baja, kena isi minyak motor buruk, kena beli beras. Tapi pokcik perasan, makin pokcik tua, makin pokcik rasa... duit bukan tujuan, tapi alat.

Alat untuk dapat ketenangan.

Kalau ada RM1000 tapi cukup makan, cukup bayar bil-bil rumah, cukup baju pakai bersih – itu pun dah cukup. Tapi kalau sibuk nak dapatkan RM10,000 pun hati tak tenang, anak tak sempat tengok, tidur pun tak lena... itu bukan kaya, itu penat.

Pokcik pernah rasa kejar benda yang tak perlu

Dulu pokcik pun pernah fikir nak ada semua benda. Tengok orang pakai telefon mahal, pokcik pun beli walau kena ikat perut. Tengok orang tukar rim motor, pokcik pun teringin. Tapi makin lama, makin pokcik sedar – rasa cukup tu lebih berharga daripada rasa nak lebih.


Sekarang pokcik pilih tenang.

Pokcik pilih masa duduk kebun daripada duduk dalam mesyuarat 3 jam yang pening kepala. Pokcik pilih dengar bunyi cengkerik malam daripada bunyi enjin kereta besar yang bulanan pun besar.

Kaya yang sebenar – bila hati kita tak cemburu

Pokcik belajar satu benda dari buku tu – bila kita tak banding hidup kita dengan orang lain, masa tu kita betul-betul rasa kaya.

Kadang-kadang bukan kita tak cukup, tapi sebab kita asyik tengok hidup orang lain. Sedangkan hidup kita sendiri pun indah, cuma kita tak nampak.

Jadi Pokcik nak pesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua –
Jangan kejar kaya kalau akhirnya kita hilang ketenangan.
Kejar hidup yang sederhana, tapi penuh makna.
Kejar rezeki yang cukup, bukan yang membebankan.
Kejar masa yang berkualiti, bukan barang yang banyak.

Kerana dalam dunia hari ni, yang paling mahal bukan emas, bukan tanah,
Tapi jiwa yang tenang dan hati yang lapang.

Lain orang mungkin lain pendapat.. ini pandangan pokcik..

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Salam pokcik..SA pun sama lebih memilih tenang walau duit tu sangat penting
AMIIZAA@Mieja berkata…
salam hari isnin PB, tenang is the best. πŸ’–πŸ’–πŸ’–
Puan Hazel berkata…
Salam kenal Pokcik :)
Terima kasih ziarah rumah Sy tempohari. Baru sempat nak kunjung balas 😊

Sy pun pilih tenang. Rasa cukup dgn apa yg ada dan syukur selalu.
Sueann berkata…
Salam...bila rasa cukup boleh buat diri tenang...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu