Langkau ke kandungan utama

Bila anak kucing masuk dalam bonet enjin kereta

Pagi ini, langkah pokcik berat. Jiwa pokcik rasa kosong. Mata pokcik masih terbayang satu-satu saat semalam. Semuanya bermula bila pokcik hidupkan enjin kereta macam biasa. Tak terlintas langsung ada makhluk kecil kesayangan yang sedang menumpang hangat di dalam bonet enjin tu — anak kucing pokcik sendiri.

Malam tu pokcik pandu ke stesen minyak. Tenang je perjalanan, cuma bila sampai, keluar seekor anak kucing dari bawah kereta. Terkejut pokcik. Rupa-rupanya itu anak kucing pokcik. Terus pokcik bawa balik. Hati rasa lega, tapi sampai rumah kira-kira… tak cukup seekor lagi.

Rasa tak sedap hati terus menjalar. Pokcik patah balik ke stesen minyak, singgah kedai makan tepi jalan … mana tahu kalau-kalau anak kucing tu terjatuh masa dalam perjalanan. Tapi tak jumpa. Pokcik balik dengan hati berat.

Awal pagi ni, waktu pandu kereta nak ke sekolah pokcik nampak bangkai seekor anak kucing di tepi jalan, menuju ke rumah pokcik. Pokcik rapat... Ya Allah, memang sahih itu anak kucing pokcik. Bangkai dah bengkak, kepalanya... Allahu… terputus, mungkin terkena tali kipas enjin.

Pokcik terduduk kejap. Anak kucing ni jinak. Dia suka duduk bawah kereta, bawah bangku dapur, tempat-tempat sempit. Mungkin malam tu dia cari hangat dalam bonet sebab hujan gerimis. Pokcik tak perasan… pokcik tak tahu.

Pokcik tanam bangkai dia belakang rumah. Tak banyak pun yang pokcik mampu buat, selain memohon maaf dalam hati. Kalau boleh diputarkan masa, pokcik akan buka bonet dulu sebelum hidupkan enjin.

Catatan ini pokcik tulis sebagai peringatan. Bukan untuk sedih-sedih sangat, tapi untuk ingatkan diri sendiri dan sahabat semua — sebelum hidupkan kereta, periksa dulu bawah dan dalam bonet. Mungkin ada nyawa kecil yang sedang berteduh...atau mungkin ular yang menumpang kehangatan ruang itu..

Ulasan

thisni3za berkata…
Allahu...Sedihnya...=(
AMIIZAA@Mieja berkata…
Allahuakbar sedihnyaaaa....tempat kegemaran juga dekat situ...bawah tayar.....

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...