Langkau ke kandungan utama

Beledo pandan feveret pokcik

Tadi pagi, macam biasa Pokcik sampai awal sikit ke pejabat sekolah. Tengah duduk-duduk siapkan dokumen, tiba-tiba sahabat Pokcik datang hulur satu bekas kecil.

“Pokcik, cuba rasa ni,” katanya sambil senyum.

Bila Pokcik buka penutup, masyaAllah… beledo pandan! Beledo hijau yang licin berkilat tu memang buat hati terus jadi riang. Kalau orang tanya kuih apa paling Pokcik suka, memang inilah dia. Pokcik ambil bawa ke ruang makan belakang pejabat 

Waktu tu suasana pejabat masih lengang. Cikgu-cikgu belum ramai yang sampai. Pokcik ambil sepotong, letak dalam mulut – lembut, wangi, sejuk dari peti, cukup rasa.

Sambil makan, Pokcik senyum-senyum sendiri. Sahabat Pokcik gelak, katanya, “Bila makan beledo ni, Pokcik tak banyak cakap.”

Ya lah, mana nak sempat cakap... lidah sibuk dengan rasa.

'beledo' tempat lain sebut lain..


Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
sedap makan sejuk-sejuk
thisni3za berkata…
Owhhh..Beledo ni mmg sedap =D
Sueann berkata…
Agar-agar pandan pok cik...nampak sedap...
MOHAMAD TAUFIK berkata…
ini kalau layan sambil tengok tv memang boleh licin 1 loyang ni hahahha
Airene Erawan berkata…
saya panggil lengkong.. semua jenis saya panggil lengkong dari kecik.. hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu