Kadang-kadang Pokcik rajin juga blogwalking — jalan-jalan baca blog kawan-kawan blogger. Ada yang kongsi cerita harian, ada yang kongsi resepi, ada juga yang tulis puisi dan pengalaman travel.
Bila baca… rasa seronok. Tapi bila nak komen… krik krik krik… tak tau nak tulis apa. Kena penyakit “nak komen tapi otak beku sekejap”.
Ada tak sahabat blogger yang rasa macam ni jugak?
Kadang rasa segan nak komen panjang-panjang. Takut pula komen kita tak kena gaya. Atau kita cuma nak bagi tanda kita dah baca, tapi tak mahu komen yang macam “spam semata-mata”.
Pokcik rasa… tak salah pun kalau komen kita ringkas. Yang penting jujur. Ada beberapa ayat yang pokcik tengok rakan-rakan blogger biasa tulis yang pokcik rasa cukup bagus.. mungkin pokcik boleh gunakan nanti:-
Contohnya:
“Seronok baca entri ni, buat saya senyum.”
“Terima kasih berkongsi. Tenang je rasa.”
“Cantik sungguh gambar ni.”
Kalau betul-betul buntu… letak emoji “😊👍”saja rasanya sudah cukup ikhlas, tanda kita pernah hadir dan baca... penghargaan atas usaha rakan-rakan blogger kita berkongsi.. bukan senang tau nak buat catatan kat blog.. kadang-kadang cukup berat tau....
Ulasan