Langkau ke kandungan utama

Kadang Tak Tau Nak Komen Apa

Kadang-kadang Pokcik rajin juga blogwalking — jalan-jalan baca blog kawan-kawan blogger. Ada yang kongsi cerita harian, ada yang kongsi resepi, ada juga yang tulis puisi dan pengalaman travel.

Bila baca… rasa seronok. Tapi bila nak komen… krik krik krik… tak tau nak tulis apa. Kena penyakit “nak komen tapi otak beku sekejap”.

Ada tak sahabat blogger yang rasa macam ni jugak?

Kadang rasa segan nak komen panjang-panjang. Takut pula komen kita tak kena gaya. Atau kita cuma nak bagi tanda kita dah baca, tapi tak mahu komen yang macam “spam semata-mata”.

Pokcik rasa… tak salah pun kalau komen kita ringkas. Yang penting jujur. Ada beberapa ayat yang pokcik tengok rakan-rakan blogger biasa tulis yang pokcik rasa cukup bagus.. mungkin pokcik boleh gunakan nanti:-

Contohnya:

“Seronok baca entri ni, buat saya senyum.”

“Terima kasih berkongsi. Tenang je rasa.”

“Cantik sungguh gambar ni.”

Kalau betul-betul buntu… letak emoji “😊👍”saja rasanya sudah cukup  ikhlas, tanda kita pernah hadir dan baca... penghargaan atas usaha rakan-rakan blogger kita berkongsi.. bukan senang tau nak buat catatan kat blog.. kadang-kadang cukup berat tau....

Ulasan

adnil linda berkata…
Kadang² Linda ada yang Linda komen panjang, sebab entry tu ada kena mengena dengan pengalaman...kdg² ada juga yang buntu..tak tau nak tulis apa..
MOHAMAD TAUFIK berkata…
takpe...asalkan kita dah melawat dan tinggalkan jejak ...Taufik pasti..Blogger tersebut dah cukup happy
AMIIZAA@Mieja berkata…
semua entry rakan blogger adalah special buat saya, saya kagum 💝💝ikhlas dari saya....
Airene Erawan berkata…
takpe pokcik.. pokcik rajin singgah baca pun dah cukup buatkan kitorang happy.. ^^

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.