Langkau ke kandungan utama

Temujanji cabut gigi

Pagi ni Pokcik keluar awal sikit, hala ke Klinik Gigi Pasir Akar. Temujanji dengan doktor buat petang kelmarin.

Sampai je klinik, macam biasa la prosedurnya — cek tekanan darah dulu, lepas tu kadar gula. Syukur, dua-dua okay. Bacaan tekanan darah 128/82, kira cantik la. Gula pulak 4.3, Alhamdulillah, tak naik walaupun malam tadi sempat pekena secawan Milo kosong dan empat biji donut. 😅.

Lepas semua selesai, tunggu turn. Pokcik duduk termenung jap dalam klinik tu, tengok gelagat orang sekeliling. Ada budak kecil duk pegang pipi, ada orang tua sama baya duk urut rahang… masing-masing bawa kisah gigi masing-masing.

alahai  doktor pun cabut gigi pokcik guna playar 

Pokcik ni bukan berani sangat dengan cabut-mencabut ni. Tapi bila tengok doktor tadi hilang rasa sakit tu..

InshaAllah lepas ni harap takde dah gangguan dari gigi ni. Hidup pun rasa ringan sikit bila tak ada sakit yang mencucuk macam tu.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
SA nyer appointment gigi hujung bulan depan...hahaha...nasib company bagi elaun untuk staff..boleh la pi scaling apa segala
Airene Erawan berkata…
mesti doktor tu comel kan pokcik? hehehe..
AMIIZAA@Mieja berkata…
Semoga PB cepat sembuh
MOHAMAD TAUFIK berkata…
semoga cepat sembuh
Ana Jingga berkata…
salam kenal PB, saya ni pun dah berapa kali tak jadi cabut gigi yang dah goyang sebab bila sampai KK tekanan darah tak nak bagi kerjasama haha :) AJ follow sini #469

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...