Langkau ke kandungan utama

Sawi Dah Naik Elok

Petang tadi, lepas asar, Pokcik capai topi buruk yang tersidai kat tepi pintu, terus gerak ke kebun. Dah lama jugak tak jenguk kebun sejak beberapa hari ni, sibuk dengan urusan anak menantu.. Alhamdulillah, hari ini urusan itu telah selesai, anak menantu dan cucu sulong pokcik dah ada kat rumah 

Urusan kebun pokcik tinggalkan beberapa hari. Tapi hati ni tetap rindu bau tanah.

Sampai je di kebun, Pokcik terus ke petak yang Pokcik alih pokok sawi tempoh hari. Subhanallah… naik elok sangat-sangat. Daunnya hijau merimbun, batangnya tegak. Rasa puas hati tengok hasil tangan sendiri walau cuma kecil-kecilan.

Pokcik duduk sekejap atas bangku kayu buruk yang Pokcik letak kat tepi batas. Angin petang sepoi-sepoi, langit pun redup. Kedengaran bunyi burung balik sarang dan cengkerik mula berbunyi. Tenang sungguh suasana. Dalam hati, Pokcik bersyukur sebab Allah masih beri kesempatan merasa nikmat hidup begini — sederhana tapi penuh makna.

Pokcik usap daun sawi satu-satu, macam mak-mak usap kepala anak. Pokok-pokok ni pun dah jadi macam keluarga. Pokcik sembang juga dengan pokok-pokok ni kadang-kadang… pelik ke? Hahaha… biarlah, itu cara Pokcik luah rasa.

Esok kalau sempat, Pokcik nak siram dan buang rumput sikit-sikit. InsyaAllah, kalau umur panjang dan cuaca mengizinkan, dua minggu lagi boleh tuai. Boleh buat sayur lemak sawi campur suhun, makan dengan sambal belacan dan ikan puyu pekasam goreng Aduh… terliur dah.

Ulasan

MOHAMAD TAUFIK berkata…
Banyak nya pokok sawi.... Hari hari makan sayur ni
AMIIZAA@Mieja berkata…
seronoknya menjadi sungguh tanaman PB. bolehlah buat sayur sawi bening untuk menantu yg dalam pantang.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu