Langkau ke kandungan utama

Sarapan dengan pulut

Pagi ni bilik guru harum lain macam. Bukan bau minyak angin atau kopi 3 dalam 1, tapi bau pulut panas yang baru keluar dari kukusan. Pokcik masuk-masuk je, terus nampak atas meja panjang tu penuh juadah yang buat perut Pokcik terus buat bunyi orkestra kecil.

Ada pulut putih, pulut hitam, kelapa parut dan ikan masin goreng. Bekas plastik warna-warni beratur elok atas alas meja bunga ros –,dah macam mini kenduri dalam bilik guru.

Pulut putih tu Pokcik ambik sikit, campur dengan kelapa parut yang lemak lemak masin. Sedapnya Tuhan saja tahu. Sekali suap terasa macam duduk balik atas pangkin rumah arwah Tok dulu. Pulut hitam pulak manis berlemak cukup rasa, tak muak, tak kurang. Sambil makan sambil teringat zaman budak-budak… kayuh basikal pergi jual sekerap, balik baru dapat sarapan pulut.

Ikan masin goreng pulak duduk diam dalam periuk besi. Sekali gigit… rangup, masin elok, tak keras. Bila cicah dengan sambal… alamak… terus rasa nak mintak nasi pun ada.

Tapi paling Pokcik suka, bukan sebab sedap semata-mata. Tapi suasana tu. Cikgu-cikgu duduk bersila tepi meja, ada yang makan sambil cerita pasal anak murid, ada yang berseloroh pasal pelajar hilang kasut, ada yang gelak sampai terbatuk. Bilik guru pagi ni jadi tempat cerita lama-lama berputar balik.

Kadang bukan lauk yang buat sedap sangat… tapi rasa gembira makan sama-sama tu yang buat kenyang sampai ke hati. Pokcik pun makan perlahan-lahan, kunyah penuh syukur. Pagi-pagi macam ni, Pokcik rasa bertuah sangat – dapat rasa suasana kampung walaupun kita dalam bangunan sekolah.

Terima kasih siapa yang bawak juadah pagi ni. Kalau boleh, kita buat giliran – minggu depan Pokcik bawak telur goreng kicap pula πŸ˜„

Ulasan

Suria Amanda berkata…
tengok memang nampak sedap..tapi SA x leh makan pulut...angin satu badan
Airene Erawan berkata…
pulut ikan masin memang berselera dibuatnya..
Puan Hazel berkata…
Aduh sedapnya pulut ikan masin. Pekena pulak dgn kopi O, syahdunya Pokcik 😁

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu