Langkau ke kandungan utama

Line Internet Kampung Hilang Sehari Suntuk

Dari pukul 12 tengah hari tadi sampai ke pukul 10 malam ni… baru la elok semula line internet kampung ni. Lama betul tersekat. Pokcik pun rasa susah hati, sebab banyak kerja Pokcik sekarang ni memang guna internet.

Tadi mula-mula ingat line slow sebab cuaca mendung. Tapi bila sampai sejam dua tak naik-naik, mesej pun tak boleh hantar, baru rasa lain macam. Nak post blog, nak blogwalking nak tengok sahabat sahabat blogger, nak balas komen sahabat-sahabat dalam group pun tak boleh. Sunyi betul telefon tu.

Petang tadi, Pokcik ambik angin kejap tepi kebun. Tenung langit, tengok pokok-pokok sayur yang dah mula tumbuh subur. Terfikir juga, masa dulu-dulu tak ada internet pun kita boleh hidup, boleh kerja, boleh cari rezeki. Tapi sekarang bila dah biasa guna internet, bila tak ada… kerja pun jadi sangkut.

Mujurlah kerja tangan macam cabut sawi dan cangkul batas masih boleh buat. Dapat juga isi masa walaupun hati ni asyik jeling telefon tengok line.

Sekarang alhamdulillah, line dah ada semula. Harap kekal elok la malam ni. Esok boleh la sambung balik kerja-kerja yang tertangguh tadi


Ulasan

adnil linda berkata…
Kalau dekat kampung Linda, eletrik takde,Line telefon pun hilang..pelik betul.dulu² tkde pula mcm tu.
AMIIZAA@Mieja berkata…
lamanyaaaaa internet problem..alhamdullilah dah ok semula
MOHAMAD TAUFIK berkata…
susah jugak bila elektrik takde....kalau internet takde tu boleh sabar lagi

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...