Langkau ke kandungan utama

Latihan Rumah Sukan Dah Mula

Pagi ni suasana sekolah dah lain macam sikit… dari awal pagi lagi, padang sekolah dah mula riuh dengan suara sorakan, arahan guru, dan semangat budak-budak bersukan. 

Mana taknya, Kejohanan Sukan Tahunan SK Seri Payong bakal berlangsung pada 5 dan 6 Ogos nanti, jadi bermulalah sesi latihan rasmi untuk semua rumah sukan.

Pokcik pun sempat duduk tepi padang sambil tengok gelagat anak-anak murid ni. Yang lelaki ada yang pakai songkok, masih semangat pakai baju rumah sukan warna biru – "Biru Kemah Keming" katanya! Yang perempuan pun tak kurang hebatnya, berlari, melompat, ikut acara masing-masing.

Guru-guru pun turun padang sama… ada yang jadi jurulatih, ada yang jadi hakim, dan ada yang bagi semangat kat anak-anak murid. 

Pokcik sempat perhati acara lompat tinggi pagi ni. Serius, budak-budak ni walau kecil lagi, tapi semangat dia besar. Ada yang tak lepas palang pun, tapi tak putus asa. Bangun, cuba lagi.

Dari jauh, rumah sukan lain pun dah mula gerak — Merah, Hijau, Kuning semua sibuk berlatih. Rasa-rasa tahun ni siapa yang bakal jadi juara?

Ulasan

Puan Hazel berkata…
Pokcik rumah biru ke? Kita geng la :D
Kakmim berkata…
Samalah sekolah anak sy dah mula latihan sukan minggu lepas, tp minggu ni ditangguhkan sebab jerebu
AMIIZAA@Mieja berkata…
seronoknyaaaaa...paling saya suka memerhati anak-anak bila bersukan, dari situ boleh nampak yang berbakat dalam sukan
Mun berkata…
seronok tengok budak2 ni masuk acara..

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.