Langkau ke kandungan utama

Dua guni keratan tebu dari sahabat

Semalam masa disekolah, Pokcik turun dari pejabat nak ke kereta. Terkejut bila tengok dua guni besar terletak elok di tepi. Dalamnya penuh dengan keratan batang tebu, masih segar dan harum baunya. Pokcik pasti Mat Rizal yang tinggalkan keratan batang ini. Sebab hari tu dia ada kata nak bagi kat pokcik.. banyak sangat kat rumahnya sampai jadi semak tepi pagar.. lagi pun dia tak sempat uruskan

Terus Pokcik senyum. Mat Rizal ni sahabat lama Pokcik — sama-sama suka berkebun, sama-sama pernah turun bendang masa muda-muda dulu. Dia memang jenis tak banyak cakap, tapi sekali dia bagi, tak pernah kecil.

Pokcik tengok batang-batang tebu tu… bersih dipotong, cukup panjang, elok nak dicucuk ke tanah. Pokcik angkat dengan hati gembira, bukan sebab pokok tebu tu — tapi sebab ingatan yang dibawanya.

Petang nati pokcik nak bersih kebun belakang rumah.. petang lusa rasanya bolehlah pokcik mula tanam... Yang pastinya sepetang tidak sempat habis tanam

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
wahhhhh...dapat tuai hasilnya nanti, dapatlah minum air tebu nanti, bila musim ramadhan.
MOHAMAD TAUFIK berkata…
teringat zaman budak budak makan tebu gitu je gatah.....feeling lain macam

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu