Anak lelaki Pokcik baru sahaja masuk ke dalam labour room. Isterinya kuat, tapi sebagai orang tua yang pernah tengok anak sendiri lahir dulu, Pokcik tahu… ini bukan sekadar proses, ini perjuangan.
Pokcik pandang sekeliling, tengok orang lalu lalang, tengok satu keluarga mengiringi jenazah yang ditolak oleh pekerja hospital ke bilik mayat.. semua itu jadi latar saat-saat paling mendebarkan. Tangan Pokcik tak lepas dari telefon – kalau-kalau anak Pokcik hantar mesej atau keluar beri khabar.
Lelaki ke perempuan, Pokcik tak kisah. Janji sihat, cukup sifat, dan semoga dilahirkan dalam keadaan selamat. Pokcik cuma harap anak dan isteri dia tabah, sebab sekarang mereka tengah hadapi dunia yang tak boleh Pokcik bantu dari luar ni.
Setiap orang yang lalu lalang depan pintu bilik bersalin ni, Pokcik tengok satu-satu. Dalam hati berbisik, "Ni jururawat ke? Doktor ke? Nak keluar bawa khabar ke?"
Sekejap-sekejap, Pokcik berdiri… jalan dua tiga langkah, lepas tu duduk balik. Debaran makin kencang, tapi Pokcik diam saja… mulut terkumat-kamit baca doa. Harapan Pokcik besar — bukan untuk diri sendiri, tapi untuk generasi yang akan datang.
Cucu Pokcik. InsyaAllah, sebentar lagi Pokcik akan sambut gelaran baru: Tok Ayah. Atau mungkin mereka panggil Pokcik dengan nama yang lain. Apa pun, Pokcik dah sedia.
Doakan semua selamat ya. Ini adalah permulaan baru untuk keluarga Pokcik.
Ulasan
Salam kenal dari Linda.