Langkau ke kandungan utama

Bila Adab Dah Hilang

Orang tua-tua dulu selalu pesan,

"Jangan hanya pandai baca buku, tapi biar tahu baca rasa manusia."

Pesan yang nampak ringkas, tapi berat maknanya. Dulu masa pokcik kecil, kalau lalu depan orang tua duduk bersila tepi jalan pun kita tunduk sikit kepala. Kalau tak ucap salam pun, senyum dan angguk hormat. Tapi sekarang, ramai anak muda bila lalu depan orang tua, mata pun tak pandang, telinga sumbat dengan fon telinga, mulut kunyah chewing gum.

Bila adab dah hilang, dunia jadi bising.
Bising dengan suara orang marah, suara orang tinggi-tinggi, suara yang tak reti hormat.

Gambar janaan AI 

Malangnya, kadang orang tua pun sama naik — marah cucu depan orang ramai, herdik anak tanpa timbang rasa. Semuanya sebab satu: adab dah tak dijaga.

Orang dulu-dulu ajar adab macam kita jaga emas. Adab bila bercakap, bila makan, bila bertanya, bila berjalan, bila bergaul, bila pegang barang orang, bila masuk rumah orang.

Adab bukan sekadar hormat, tapi cerminan hati. Kalau adab elok, insyaAllah hati pun jernih.

Pokcik selalu teringat zaman dulu. Zaman pokcik sekolah dulu. Kalau cikgu marah, kita tunduk. Kalau mak ayah bebel, kita diam.
Sekarang? Cikgu tegur murid, mak ayah datang sekolah nak saman. Apa nak jadi?

Pokcik bukan nak marah generasi baru, tapi pokcik rindu suasana zaman orang masih kenal malu dan tahu segan.

Ulasan

Ammi berkata…
Itulah jadinya bila “kuasa” cikgu dinafikan
Kakmim berkata…
sy geram jugak skrg bila bebel kat anak, anak menjawab jugak, terus sy cantas.. pengaruh medsos pun main peranan jugak
MOHAMAD TAUFIK berkata…
Ya tutur percakapan tu memang di titik berat orang tua dulu dulu.
AMIIZAA@Mieja berkata…
zaman semakin mencabar dalam mendidik anak-anak

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.