Langkau ke kandungan utama

Kayuh Spinning Bike, Jaga Kesihatan Badan Kita

Pernah tak tengok orang kayuh basikal dalam rumah saja? Haa… itulah dia spinning bike. Nampak macam biasa, tapi kalau rajin kayuh, banyak sungguh manfaatnya untuk kesihatan diri.

Pokcik kalau balik kerja, badan rasa letih, kepala pun serabut. Kadang nak jogging malas, nak keluar berbasikal pula takut hujan turun atau jalan sibuk dengan kereta. Jadi bila ada spinning bike ni, senanglah. Kayuh dalam rumah saja, tak perlu risau panas atau anjing kejar. Waktu yang pokcik biasa kayuh ialah pada pukul 9 malam.. masa ni pokcik betul-betul free masa.


Manfaat dia bukan kecil-kecil, antara yang Pokcik rasa:

  • Nafas jadi lebih panjang, jantung pun rasa segar.
  • Berat badan boleh terkawal, peluh keluar macam mandi.
  • Kaki, betis, paha semua rasa makin kuat.
  • Paling Pokcik suka, stres hilang. Kayuh sambil pasang lagu 80an... 90an atau sambil-sambil tengok Netflix.

Lagi satu, spinning bike ni mesra lutut. Kalau kita lari, hentakan tu sakit juga kat sendi. Tapi bila kayuh, gerakan dia lembut saja. Jadi orang muda boleh guna, orang berumur pun sesuai sangat.

Pokcik selalu fikir, bukan mahalnya spinning bike tu yang penting tapi rajin kayuh. Kalau beli mahal tapi jadi tempat sidai baju, tak jadi apa jugak.

Jadi, sambil kita jaga makan, cuba luangkan masa kayuh 20–30 minit sehari. InsyaAllah badan lebih segar, tidur pun lena.

Yang mana sahabat-sahabat pokcik lebih suka.. Kayuh spining bike dalam rumah atau suka kayuh basikal keliling kampung atau taman

Ulasan

Ana Jingga berkata…
terbaik lah pokcik, jaga kesihatan :)
Mak Lin berkata…
Samalah, malas betul nak keluar lepas balik kerja. Consider nak beli track mill, sambil jalan-jalan boleh tengok TV.
Etuza berkata…
Alahamdulillah..teruskan perkara baik..kita di tuntut sebenarnya menjaga kesihatan..InshaAllah
Amie berkata…
Betullah, beli alat senaman yang mahal tapi hanya guna sekali dua terus tersidai memang merugikan. Moga terus istiqamah menjalani gaya hidup sihat.
Airene Erawan berkata…
pernah la jugak ada di rumah suatu ketika dahulu.. tp sudahnya jadi tempat penyidai jugak.. huhuhu..

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..