Langkau ke kandungan utama

Cerita kedai kopi #9 - Jalur Gemilang di Tiang Warung

Pagi itu kedai kopi Pak Man meriah lain macam. Bukan sebab roti canai turun harga, tapi sebab depan warung kayu tu sudah dipacak satu tiang buluh, dengan Jalur Gemilang berkibar cantik lawan angin.

Ha… kemain semangat Pak Man tahun ni. Tiang buluh tinggi betul, kalah tiang bendera sekolah,” usik Mat Rizal sambil hirup kopi O panas.

Pak Man sengih, “Eh, kalau bukan bulan Ogos ni, bila lagi kita nak rasa merdeka betul-betul? Orang kata kibarkan bendera tu tanda kita hargai perjuangan orang dulu.”

Pokcik yang duduk hujung meja hanya senyum tenang, sambil kacau Milo kosongnya. “Betul jugak. Zaman atuk kita dulu, nak tengok bendera Malaya naik masa 1957 pun dah bergenang air mata. Sekarang senang aje, cucuk buluh, pasang bendera.”

Mail Towing pulak ketawa kecil, “Aku tengok semalam jalan kampung ni penuh bendera. Rumah aku pun aku pasang jugak, tapi mok aku ikat terbalik. Bulan bintang bawah, merah putih atas. Kena tegur dengan jiran, katanya macam isyarat SOS.” Satu meja terus pecah ketawa.

Tok Awang yang biasanya pendiam, kali ini bersuara, “Tak kira terbalik ke betul, yang penting semangat tu ada. Bendera bukan hiasan sahaja, tapi tanda kita bersama. Merdeka ni bukan hanya bebas dari penjajah, tapi hati kita jangan dijajah dengan malas, dengan dengki, dengan lupa diri.”

Semua terdiam sekejap, kemudian angguk perlahan. Kata-kata Tok Awang tu terasa masuk terus ke dada.

Angin pagi meniup bendera di tiang buluh. Warna merah, putih, biru dan kuning beralun megah. Di warung kecil itu, dengan meja plastik, teko kopi, dan cekodok panas, terasa macam semangat merdeka hidup kembali  bukan hanya dalam lagu, tapi dalam jiwa mereka sendiri.

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
salam hari isnin PB
adnil linda berkata…
linda pasang dalam pejabat je tahun nie...tak terasa nak memanjat pula..
Suria Amanda berkata…
Tahun ni blom dapat mini bendera dari admin office..
Etuza berkata…
Bendera berkibar lambang negara merdeka..Bebas memerintah dalam teluk Demokrasi

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...